Kumutha Turut Sertai Majlis Perasmian Muktamar Pemuda, Muslimat dan Ulamak

540


Walaupun beliau berbangsa dan beragama yang tidak sama dengan kebanyakkan ahli-ahli Muslimat disekelilingnya, beliau begitu ceria dan bersahaja, seolah-olah duduk dikalangan komunitinya sendiri.

Sewaktu dirakamkan gambarnya oleh Buletinonline, beliau melemparkan senyuman lebar.

Dengan memakai pakaian tradisional yang dipakai oleh seorang perempuan India, tidak sedikit pun menyerlahkan kejanggalannnya berinteraksi dengan wakil-wakil Muslimat lain.

Sementara itu, perwakilan Pemuda, Muslimat dan Ulamak Terengganu turut berada dalam dewan Putik ketika ini.

Antara mereka adalah, Setiausaha Pemuda Terengganu, Wan Faizul Abbas dan Timbalan Ketua Dewan Ulamak Terengganu Ustaz Haji Abu Bakar Abdullah.

Buletinonline akan membuat liputan sepanjang perjalanan Muktamar ke 56 yang berlangsung daroi mala mini, 9 Jun sehingga 13 Jun, Ahad.

Muktamar Pemuda. Muslimat dan Ulamak akan dirasmikan serentak oleh Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Berita berkaitan;

Kumutha Yang Sentiasa Mengejutkan