‘Ku Nan’ Disaran Teliti Perjuangan UMNO

1823

PAS bukan ajaran sesat dan tidak pernah mengajar masyarakat mensyirikkan Allah serta tidak pernah mendidik para ahlinya dan rakyat umumnya agar melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan Syari’ah Islam.

Malah, PAS berjuang dengan membawa dimensi Islam yang lebih luas, merentasi makna sebenar ibadah kepada Tuhan, yang diperjuangkan PAS sejak daripada ia ditubuhkan hingga ke saat ini.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ir. Hj Khairil Nizam Khirudin, mengecam kenyataan Setiausaha Agung Umno Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) yang disifatkan ‘keji dan hanyir’.

“kenyataan Ku Nan dalam Multaqa Kebangsaan Biro Agama UMNO di Kuala Lumpur semalam jelas berbaur kecaman yang menghanyirkan,

hasil cukai judi BN“Baru semalam UMNO mengadakan multaqa untuk mengumpul idea untuk memposisikan Islam dalam hala tuju parti kebangsaan tersebut walhal PAS sepanjang masa berjuang untuk memartabatkan Islam,”ujar Khairil dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Ku Nan sendiri mendedahkan UMNO sehingga ke hari ini tidak pernah menggunakan secebis ayat al-Quran dalam perjuangannya menunjukkan bahawa Umno tidak pernah menjadi Islam, dosa dan pahala sebagai neraca dalam kehidupan.

Sebaliknya tiba-tiba, dalam majlis yang sama, kata Khairil, Ku Nan mendabik dada kononnya Umno lah yang mempertahankan kesucian Islam.

“(bukankah) UMNO dan Barisan Nasional (yang) semakin merancakkan lagi aktiviti perjudian di negara ini dengan membenarkan 22 permit cabutan khas 4D kepada setiap syarikat nombor ramalan?

“(bukankah) Malaysia merupakan antara 10 negara terbesar pengambilan arak di dunia dan purata rakyat Malaysia dikatakan berbelanja sebanyak RM 1.75 bilion untuk minuman keras.

“Malah, penjualan arak berkembang antara 5% hingga 7% setahun,”bidas Khairil.

Bagaimana pula, soalnya lagi, lambakan pusat hiburan di Kuala Lumpur yang di bawah tanggungjawab Ku Nan selaku Menteri Wilayah Persekutuan.

“Ku Nan hanya melihat Islam dalam kerangka yang sempit. Islam bukan hanya berkisar mengenai ibadah khusus semata-mata, malah horizonnya luas meliputi segenap aspek kehidupan manusia. PAS sama sekali tidak pernah berkompromi dalam hal ini,”tegasnya.