Kronologi Dakwaan PAS Terima Wang RM90juta Melalui Nasharudin Mat Isa Tak Masuk Akal

2216

SRC International ditubuhkan tahun 2011. Wang pertama dilapor dipindah ke akaun milik Najib antara tahun 2014 dan 2015 sebanyak RM50juta.

“The public first heard about SRC International when The Wall Street Journal reported last year that money flowed from the company into Mr Najib’s accounts.

Between December 2014 and February 2015, SRC International transferred RM50 million to its subsidiary, Gandingan Mentari, which transferred the RM50 million to Ihsan Perdana, WSJ reported.”

Nasharuddin Mat Isa , tidak lagi menjadi menjadi pemimpin utama PAS selepas 2011 dan tidak lagi aktif sebagai pemimpin di mana mana peringkat PAS.

Kenyataan Suhaizan Kayat, pemimpin PAN yg cuba mempertikaikan kejayaan gemilang penganjuran Ijtima Alami Antarabangsa di Rusila pada tahun 2015 dengan cuba mempersoalkan sumber kewangan pembiayaan program berkenaan kononnya kerana PAS Pusat tidak beri banyak peruntukan adalah perkara lucu.

Bagi semua peringkat dalam PAS kita tahu kita bukan organisasi kaya seperti UMNO yang wang turun baru kerja jalan. Hatta peringkat cawangan pun kena cari sendiri dari sumbangan infak ahli. Nak harap dari MTD DUN pun cuma sumbangan minimal.

PAS parti yg dibiayai rakyat.

Ijtima’ Alami antarabangsa bukan sedikit sumbangan dan pengorbanan ahli. Ia mendapat sambutan luarbiasa, penyertaan para peniaga yg sangat besar hingga beberapa kilometer luas kawasan gerai dan parking yg sentiasa dipenuhi pengunjung yg membeli belah. Tajaan yg banyak terima.

Ini biasa dalam mana mana program PAS, lebih lebih lagi di Terengganu yg punya jentera perlaksanaan program mirip sebegini yang hampir setiap masa dari siri showcase PGU1,PGU2 hingga PGU6. kemudiannya ada pula siri siri HARAP.

Ia mungkin pelik bagi Suhaizan yang gagal melakukannya di Johor , tapi ia biasa di Terengganu dan saya percaya Kelantan, Kedah dan Selangor.

Hairan saya, dulu ada pihak yang cuba gambarkan Ijtima’ Alami Rusila itu semuanya Ikram yang buat segala galanya, PAS seolah olah cuma tumpang nama.

Tiba tiba Suhaizan Kayat tunjuk yang kalangan pihak ‘ikram’ itu tidak tahu apa apa tentang Ijtima’ ini sebenarnya.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
14hb April 2017