KUALA NERUS – Umat Islam khususnya di negara-negara Nusantara menghadapi pelbagai masalah, antaranya adalah serangan kristianisasi.
Presiden Persekutuan Belia Islam Asia (AFMY) Ustaz Iman Budiman berkata kegiatan kristianisasi di Indonesia menyerang kawasan-kawasan luar bandar


“saya bersetuju dengan pendapat dan kenyataan Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa wang atau pun ekonomi menjadi tarikan utama, ia adalah benar,
“Mereka dibiayai melalui pendanaan atau pembiayaan ekonomi yang cukup banyak untuk menarik golongan tersebut,”tegasnya
Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena lawatannya ke Malaysia yang diadakan di Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman di sini pada Isnin 1 Februari.
Turut sama dalam sidang tersebut ialah Setiausaha Agung AFMY, Dr. Abdul Muntaqim Abu Bakar,


Menurutnya, pembangunan gereja paling banyak dibuat di Indonesia oleh gerakan kristianisasi yang disokong pihak barat.
Katanya, gerakan kristianisasi di Indonesia di bendung oleh gerakan NGO Islam dengan mengambil langkah dakwah melawan dakyah golongan terbabit.
Justeru beliau mencadangkan agar, para aktivis NGO Islam di Malaysia menyenaraikan bukti-bukti da mengambil pengakuan mangsa yang pernah ‘dikristiankan’ dan mendedahkannya kepada masyarakat umum.





























