Terengganu, Malaysia

Krisis Libya; Sheikh Mustafa Abdul Jalil seorang hakim yang mencabar dan Pengerusi NTC yang tercabar

Krisis Libya; Sheikh Mustafa Abdul Jalil seorang hakim yang mencabar dan Pengerusi NTC yang tercabarSheikh Mustafa Abdul Jalil adalah Menteri kabinet Libya yang pertama meletakkan jawatan kerana membantah penggunaan keganasan yang berlebihan terhadap penunjuk perasaan tidak bersenjata yang dilakukan oleh kerajaan Libya.

Pada asalnya, beliau telah dihantar oleh kerajaan Muamar Ghaddafi ke  Benghazi pada bulan Februari untuk menangani permulaan kebangkitan rakyat Libya.

Namun begitu, selepas menyaksikan pihak berkuasa kerajaan menembak dan menahan penunjuk perasaan secara aman, beliau meletak jawatan sebagai menteri dan dalam masa beberapa hari, telah menjadi pengerusi Majlis Transisi Kebangsaan (National Transitinal Council – NTC).

“Kami adalah sama seperti rakyat di negara-negara lain, dan mencari perkara-perkara yang sama, kami mahu sebuah kerajaan demokrasi, perlembagaan yang adil, dan kita tidak mahu terasing daripada dunia lagi.” Kata Sheikh Mustafa Encik Jalil setelah dilantik menjadi Pengerui NTC.

Tindakannya meninggalkan rejim Ghaddafi bukanlah satu langkah di luar jangkaan. Sebenarnya beliau telah lama mempunyai reputasi sebagai seseorang yang telah bersedia untuk menentang rejim itu.

Sheikh Mustafa  dilahirkan di Bayda, sebuah bandar di Timur, yang merupakan kawasan pertama melakar sejarah, melancarkan pemberontakan terhadap Ghaddafi.

Selepas tamat pengajian undang-undang dan Syariah (undang-undang Islam) di Universiti Libya pada tahun 1975, beliau terus dilantik ke jawatan Pembantu Setiausaha kepada Pendakwaraya di Bayda, sebelum dilantik sebagai hakim pada tahun 1978.

Pada tahun 2002, beliau telah dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan. Jawatan akhir beliau sebelum dinamakan sebagai Menteri Undang-undang pada tahun 2007.

Sepanjang kerjayanya beliau dikenali sebagai seorang hakim ‘menjatuhkan hukuman secara konsisten’ menentang kerajaan Ghaddafi.

Reputasinya menarik minat  anak Ghaddafi Saiful Islam, orang yang bertanggungjawab ‘menarik’ Sheikh Mustafa kedalam cabinet rejim, dengan tujuan membersihkan nama buruk Ghaddafi.

Sebagai Menteri Undang-undang Sheikh Mustafa mendapat pujian daripada kumpulan hak-hak asasi manusia dan pihak Barat sebagi suatu usaha reformasi kepada undang-undang jenayah Libya.

Menurut kabel diplomati AS yang bocor, dari Januari 2010, beliau diakui oleh kakitangan Kementerian Undang-undang di Libya kementerian dan oleh beberapa hakim, yang menganggapnya seorang yang adil.

Manakala duta Amerika Syarikat Gene Cretz menyifatkan pertemuannya dengan Sheikh Mustafa sebagai “positif dan menggalakkan”.

“Walaupun Abdul Jalil telah memberikan ‘lampu hijau’ kepada kakitangannya untuk bekerja dengan kami itu, (namun) beliau menyatakan bahawa masih ramai rakyat Libya yang ‘prihatin’ tentang sokongan kerajaan Amerika Syarikat kepada Israel,

“dan keganasan yang berpunca daripada persepsi bahawa ‘Eropah dan Amerika Syarikat adalah musuh ‘terhadap’ Islam, “Kata Cretz menulis tentang Sheikh Mustafa

Kabel itu juga berkata ‘Human Rights Watch’ dipercayai perkara yang memandu Sheikh Mustafa untuk mengubah system rejim Libya didorong pandangan konservatif (Islam) dan bukannya agenda reformasi.

Tindakan Sheikh Mustafa meletakkan jawatan pada Januari tahun 2010, belum pernah dilakukan oleh pihak lain.

Beliau mengumumkan keluar dari cabinet  Gaddafi dalam ucapan disiarkan oleh televisyen pada Perhimpunan Agung Tahunan Kongres Rakyat dengan mengisytiharkan, beliau berhasrat untuk meletakkan jawatan kerana “tidak mampu mengatasi kesukaran yang dihadapi oleh sektor kehakiman”.

Beliau memberi contoh penahanan 300 orang tahanan politik yang berterusan walaupun keputusan mahkamah membebaskan mereka, dan pembebasan banduan yang dijatuhi hukuman mati, tanpa diberitahu kepada keluarga mangsa.

Menurut Heba Morayef dari ‘Human Rights Watch’, beliau tidak pernah melihat seorang Menteri Undang-undang Arab yang mengkritik secara terbuka agensi-agensi keselamatan yang paling berkuasa di negara Libya.

Namun perletakan jawatan yang ‘dramatik’ oleh Sheikh Mustafa telah ditolak oleh pemimpin Libya. Menurut kabel diplomatik AS yang lain, sesetengah pemerhati percaya bahawa Gaddafi, yang secara terbuka menegur Encik Abdul Jalil untuk membuat kenyataan di GPC, lebih suka memecat Sheikh Mustafa.

Manakala yang lain berkata anak Ghaddafi, Saiful Islam yang tidak membenarkan membiarkan heikh Mustafa meletakkan jawatan.

Orang di timur Libya, bagaimanapun, dilaporkan mengalu-alukan komen-komen.
Persaingan Tribal

Walaupun ditawakan dengan ganjaran USD 400,000 (£ 250,000) kepada sesiapa yang Berjaya menangkapnya, Sheikh Mustafa meneruskan usahanya  Encik Abdul Jalil mendapatkan sokongan asing bagi NTC di Benghazi.

Beliau berkata, pada bulan Februari lalu, ketika NTC  dibentuk dengan perlantikan wakil-wakil dari seluruh pelusuk penduduk Libya,  ia akan menguruskan hal-ehwal Libya selepas Gaddafi tetapi tidak akan menjadi kerajaan.

Apabila Tripoli jatuh, beliau berkata, rakyat Libya akan memgadakan pilihanraya bebas, bagi melantik ahli-ahli lejislatif, wakil-wakil parlimen dan presiden”.

NTC kini telah diiktiraf sebagai saluran suara yang sah bagi rakyat Libya sebagaimana diakui oleh Penasihat Keselamatan Negara AS Tom Donilon dan telah diiktiraf oleh lebih daripada 30 kerajaan asing, termasuk kerajaan Malaysia.

Walau bagaimanapun, cabaran terbesar Sheikh Mustafa adalah menngani masalh dalaman NTC sendiri.

Awal bulan lalu, beliau memecat seluruh jawatankuasa eksekutif, yang berfungsi sebagai kabinet, berikutan pembunuhan komander Abdel Fattah Younes pada bulan Julai.

Di kalangan beberapa kelompok pemberontak percaya dia telah dibunuh oleh militia Islam yang bersekutu dengan NTC, manakala yang lain menyalahkan rejim Gaddafi.

Pembunuhan tersebut telah mendedahkan wujudnya ‘puak’ dan persaingan dalam kepimpinan pemberontakan rakyat Libya.

Ia boleh membawa kepada pertempuran antara kaum, yang ‘menjadi duri dalam daging’ dalam jangka panjang,  bagi Libya selepas Gaddafi.

***Berita analisis ini adalah terjemahan bebas dari beberapa sumber agensi berita asing

Berita berkaitan; Kemenagan Libya dipimpin oleh Islam

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan