Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Adakah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) bersekongkol denga UMNO mempergunakan sekolah-sekolah dan intitusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.
Persoalan itu dikemukakan oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Dungun Ustaz Hanafi Abdul Aziz yang berkata, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) larang wakil rakyat PAS melawat sekolah, tiba-tiba Umno gunakan Intitusi Pengajian Tinggi untuk program politik.


“sebuah intitusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi pula dipenuhi dengan bendera-bendera UMNO umpama seperti musim pilihanraya”
“Adakah larangan sebelum ini hanya digunapakai bila berhadapan parti pembangkang sahaja atau larangan ini hanya ‘dipejamkan’ mata bila ianya melibatkan parti UMNO,”soal beliau.
Beliau menambah, Politeknik Sultan Zainal Abidin umpama hak milik UMNO bila seluruh kawasannya dipenuhi bendera UMNO yang bersempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Dungun 2016,


Ustaz Hanafi kesal dengan sikap ‘double standard’ Umno dan Jabatan Pendidikan yang beliau dakwa, merosakkan dan mencemari intitusi pendidikan di negara ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, beliau memberi amaran,sikap ‘pilih kasih’ Umno dan Jabatan Kerajaan itu akan mempercepatkan kehancuran Umno sendiri.
“Disini kami, Jawatankuasa Pemuda DUN Sura dan Pemuda PAS Dungun mempertegaskan, budaya ‘double standard’ ini akan mempercepatkan lagi kelesuan dan kehancuran UMNO di mata anak muda yang sudah bosan dan jelik dengan politik sebegini,”ujar beliau mengakiri kata dengan memberi amaran kepada UMNO,”ujarnya.
Berita berkait;
Umno, JPNT ‘Double Standard’, Amalkan Politik ‘Purba’



























