DUNGUN – PAS mengadakan program ‘flashmob’ untuk menyedarkan rakyat tentang peningkatan kos sara hidup ekoran kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura YB Wan Hapandi Wan Nik berkata, program tersebut adalah Antara usaha PAS memberi kefahaman kepada rakyat kenaikan ‘caj-caj’ yang dikenakan kepada rakyat bermula tahun 2014.
“program ‘flashmob’…..program untuk memberitahu masyarakat tentang peningkat kos sara hidup rakyat akibat daripada kenaikan (harga) barang-barang keperluan dan juga perkhidmatan,
“kita edar kepada rakyat (satu) kalendar dan ‘pamplet’ yang menunjukkan barang-barang dan caj perkhidmatan yang akan dikenakan yang semakin meningkat,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui bersama program ‘flashmob’ anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun, di simpang tiga, Sura Gate, dekat sini pada Jumaat 3 Disember.
Katanya, ia juga adalah untuk menyedarkan rakyat bahawa, selagi Umno dan Barisan Nasional (BN) memerintah negeri dan Negara ini, rakyat akan terus menanggung kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tersebut.
Pada minggu lalu, malam diambang tahun 2014, Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu mengadakan program yang serupa di Kuala Terengganu.
Pada malam yang sama juga, Gerakan ‘TURUN’ telah mengadakan bantahan besar-besaran di Kuala Lumpur, disertai oleh kira-kira 10,000 orang.
Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat selepas program tersebut mengeluarkan kenyataan, akan mengadakan bantahan yang lebih besar sekiranya kerajaan gagal berubah, menurunkan harga barangan dan keperluan rakyat.
http://www.youtube.com/watch?v=F7nWxb0iya0&feature=share&list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q










