Konvoi Berkereta DiTangguhkan

695

Menuntut Royalti kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong telah ditangguhkan kerana upacara persembahan memorandum tersebut di Kuala Terengganu tidak dapat diteruskan atas-atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Oleh itu, acara melepaskan konvoi 200 buah kereta yang bakal dibuat oleh YAB Menteri Besar Kelantan di Bukit Yong Pasir Puteh pada jam 7.30 pagi 20 Mac 2010 (Sabtu) telah ditangguhkan.

Sehubungan dengan itu pihak GEGAR akan sekali lagi memohon perkenan mengadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur.


GEGAR mengucapkan berbanyak terima kasih di atas segala sokongan padu dan komitmen orang ramai ke atas program seumpama ini. GEGAR berasa kesal di atas penangguhan yang tidak dapat dielakkan ini dan mengharapkan semangat yang tinggi, sokongan dan kerjasama terus diberikan oleh seluruh rakyat jelata terhadap tuntutan royalti tanpa mengira kumpulan, kaum, agama dan pegangan politik.

Kita yakin, misi kita untuk menuntut dikembalikan royalti – hak rakyat di sisi undang-undang, berjaya dicapai dengan izin Allah jua.

DAULAT TUANKU

KEMBALIKAN ROYALTI HAK NEGERI

* Kenyataan Media Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar)