KUALA TERENGGANU – Konvensyen Melayu 153 menjadi medan muhasabah dan kebangkitan pemikiran bangsa Melayu dalam mempertahankan asas-asas penting Perlembagaan Persekutuan, khususnya Perkara 153.
Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, konvensyen tersebut bukan sekadar sebuah perhimpunan wacana, sebaliknya merupakan platform penting bagi menyatukan pemikiran.
“serta meningkatkan kesedaran kolektif orang Melayu dalam memahami dan mempertahankan hak yang telah termaktub dalam Perlembagaan.


“dalam arus globalisasi dan cabaran semasa yang semakin mencabar, bangsa Melayu tidak boleh leka atau alpa,” jelasnya Ahli Parlimen Dungun itu ketika dihubungi.
Mengulas mengenai tersebut yang berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, beliau berkata, Perkara 153 dalam Perlembagaan Negara menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera di samping memelihara keharmonian serta keadilan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Hadir sebagai tetamu kehortmat ialah Timbalan Ptesdien PAS Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan disertai oleh Pengerusi As-Sabiqun PAS Dato’ Dr. Mahfodz Mohamed dan Pengerusim Lujnah Antarabangsa PAS YB Dr Muhamnmad Khalil Abdul Hadi.


Oleh itu katanya, orang Melayu perlu bersatu padu, memperkukuh jati diri dan memperkasa bidang pendidikan, ekonomi serta kepimpinan.
“Adalah penting untuk memastikan hak-hak yang diperuntukkan ini terus difahami, dipelihara dan dipertahankan secara berhemah serta berlandaskan undang-undang,” tambahnya.
Justeru itu, beliau berharap konvensyen berkenaan dapat menyemai semangat kebersamaan dan mendorong tindakan yang konstruktif demi menjamin masa depan generasi akan datang, selaras dengan prinsip undang-undang dan keharmonian negara.




























