KUALA NERUS – Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) PAS Seberang Takir berharap Kerajaan negeri Terengganu dapat membina sebuah jeti kekal di sebelah Pasar Kedai Payang, untuk kemudahan orang ramai.
Pengarahnya, Haji Hamidi Jusoh berkata, pembangunan tersebut adalah amat perlu, selain menyediakan kemudahan pengangkutan pilihan kepada rakyat, ia juga adalah satu usaha mengembalikan semula kegemilangan industri bot penambang seperti dahulu.
“Sekarang bot penambang hanya boleh menurunkan penumpang sahaja. Tidak boleh menunggu kerana tiada jeti yang kekal atau khusus untuk penumpang menunggu.
“Penumpang terpaksa tunggu bot dari sebelah Seberang Takir jadi ambil masa yang lama,” ujarnya,


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Pemberian Bantuan Kewangan Kepada Pengusaha Bot Penambang, anjuran Ahli Parlimen Kuala Nerus Dato’ Dr Alias Razak, di sini, semalam.
Dengan itu, Ketua Penerangan Kawasan Kuala Nerus itu berkata, pembangunan jeti kekal, khusus untuk bot penambang itu akan memulihkan kembali industri terbabit yang kini semakin suram.
“Bot penambang kini mengalami zaman kesuraman kerana rakyat lebih memilih untuk guna kenderaan atau kenderaan e-healing kerana lebih cepat dan mudah.


“Ditambah pula laluan dekat dengan ada Jambatan Angkat,” ujarnya.
Justeru Haji Hamiidi mengucapkan terima kasih atas prihatin Dr. Alias kerana berusaha mengadakan program tahunan beliau menyantuni para pemain industri bot penambang
“inisiatif daripada Ahli Parlimen Kuala Nerus yang diadakan setiap kali tibanya musim tengkujuh atau akhir tahun.
“terima kasih bagi pihak ‘geng bot penambang’, walaupun tak banyak tapi tetap ada ingatan,” katanya.




























