Oleh : Aziz Hambali
HULU TERENGGANU – Inovasi mencipta replika kereta kebal dan berpakaian ala askar ditampilkan kontinjen daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang (DPPKM), berjaya menggondol anugerah terbanyak bersempena Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 2019.
Anugerah Replika Terbaik, Anugerah Konvoi Teramai dan Kontinjen HIMPIT Terbaik 2019 kesemuanya dimenangi kontinjen daripada DPPKM bersempena HIMPIT 2019 yang diadakan pada 20 dan 21 September bertempat di Padang Memorial Batu Bersurat, Kg Buluh.
Selain itu, DPPKM juga memenangi Anugerah Pemuda Istiqamah, yang dinobatkan kepada Ziyad Zakaria selaku Penyelaras Pemuda PAS DUN Rhu Rendang, parlimen Marang.
Ketua DPPKM, Yusuf Abdul Hadi, berkata signifikan idea bertemakan ketenteraan, beserta membawa tank
dengan slogan “Demi Islam. Anak Muda Pertahan Perjuangan Islam” menunjukkan bahawa pemuda Islam, pemuda PAS Kawasan Marang adalah salah satu daripada benteng perjuangan Islam.
“Kesemua daripada kami berpakaian ala-ala askar dan sanggup conteng cat di muka persis askar atas semangat ketenteraan. Kalau kita lihat tentera ini ialah mereka yang berada di saf hadapan. Sanggup mempertaruhkan nyawanya dan sanggup dirinya luka ataupun keletihan demi mempertahankan perjuangan Islam dan negara kita,
“Saya ucapkan tahniah kepada pemuda yang berusaha daripada awal sehingga akhir walaupun usaha kami itu bukanlah sempurna namun hasil daripada usaha kami daripada awal hingga akhir alhamdulillah kami mendapat kemenangan”. katanya ketika ditemui pemberita.
Kereta kebal yang menjadi replika kontinjen Pemuda Marang mengambil masa satu minggu untuk disiapkan.
Yusuf berkata, kelainan yang dipamerkan itu sangat segera jika dibandingkan dengan kawasan lain yang mungkin melakukan persediaan yang lebih awal namun berjaya memikat hati juri untuk memenangi empat anugerah pada HIMPIT kali ini.
Katanya, sesuatu yang dihasilkan tidak semestinya memerlukan kos dan menggunakan teknologi tinggi sebaliknya cukup dengan hasil yang signifikan dengan apa yang dijuangkan dan dapat memberi tarikan dan semangat kepada orang muda khususnya.
“Alhamdulillah kejayaan kami ini asbab seluruh saf pimpinan berusaha bukan atas seorang, tetapi secara berjemaah secara berkumpulan dengan bersemangat walaupun persiapan kami hanya satu minggu untuk menjayakan konvoi DPPKM ke HIMPIT,
“Di kesempatan ini saya ucapkan tahniah dan syabas kepada peserta-peserta daripada pemuda-pemuda di seluruh kawasan di negeri Terengganu yang menjayakan himpunan ini daripada awal sehinggalah akhir pada hari ini seterusnya saya ucapkan tahniah kepada DPPKM,
“saf kepimpinan DPKKM dan pemuda-pemuda DUN dalam kawasan Marang yang telah berjaya mendapat anugerah kontinjen yang terbaik, dan terutamanya sebelum himpunan himpit ini antara,” tambahnya lagi.
Sebelum itu, ADUN Manir, YB Hilmi Dato’ Harun hadir menyempurnakan perasmian penutup HIMPIT 2019.
Turut hadir, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT), Nasir Razak dan Timbalan Ketua DPPNT, Muhammad Ramlan Mahmood.












