Kongres Rakyat Terengganu ; Penyertaan Melebihi Sasaran

1232

Oleh : Nooreni Abu Bakar

KUALA TERENGGANU – Setiap manusia diwajibkan oleh Allah untuk menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar.

yahaya ali kongresPengerusi Kongres Rakyat Terengganu Haji Yahaya Ali berkata, tugas tersebut tidak dapat dilaksanakan secara berseorangan, melainkan secara berjemaah atau berpersatuan dan bukannya secara berseorangan.

“Kongres Rakyat Terengganu ini terdiri daripada Badan-badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berbagai latarbelakang untuk menyeru amal ma’ruf dan mencegah yang mungkar,

“dan matlamat kita dilaksanakan secara berjemaah, secara berpersatuan bukan secara individu,”jelasnya ketika membuka sidang Kongres Rakyat Terengganu yang berlangsung di Terengganu Equestrian Resort(TER) , Kuala Ibai di sini, pada Sabtu 20 Ogos.

Beliau bersyukur kerana sambutan orang ramai khusunya di kalangan pejuang NGO di luar jangkaan,

6960d760-bcc1-40cd-b1bb-cfb916c35911“walaupun di Terengganu hari ini terdapat satu lagi program yang lebih besar iaitu kunjungan Perdana Menteri Malaysia ke Terengganu, ia tidak menjejaskan program kita,”tambah beliau.
Sehubungan itu, Pengarah kongres Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, lebih 60 buah NGO yang hadir melepasi sasaran penganjur.

“kita menjangkakan hanya 50 kehadiran di luar dari jangkaan dimana lebih dari 60 NGO yang hadir dan sebahagian peserta terpaksa bersila di atas lantai dewan”.

”mengikut perancangan, 11 pembahas mewakili pelbagai kluster telah berjaya membentangkan perbahasan yang sangat menarik minat peserta,”katanya ketika ditemui.

DSC_0038Pada sidang media sejurus tamat sidang Kongres, Speakernya Wan Zainuddin Wan Musa memaklumkan hampir 1000 orang hadir dengan catatan pendaftaran sebanyak 73 buah NGO hadir.

“Alhamdulillah, catatan terakhir dari meja pendaftaran sebanyak 73 buah NGO telah hadir dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama,

“dan saya dapat mengendalikan sidang tanpa sebarang masalah,”jelasnya.