KUALA TERENGGANU – Buat julung kalinya, lebih 60 NGO’s yang bergerak dalam pelbagai kkuster dan mewakili pelbagai kelompok masyarakat berhimpun dalam Kongres Rakyat Terengganu bagi membincangkan dan mencari solusi terhadap isu-isu rakyat di negeri cantik budaya menarik ini.


Kongres akan dikendalikan oleh Tuan Wan Zainudin Wan Musa selaku Speaker. Seorang peguam kanan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Peguam Terengganu yang pernah menjadi panel Penggubal Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu.
Kehadiran luar jangka dengan hadirin yang melimpah sehingga keluar dewan menggambarkan bagaimana keprihatinan rakyat Terengganu terhadap isu-isu rakyat walaupun pada hari ini juga PM bertamu di negeri Terengganu.




























