Kongres Rakyat adalah satu usaha daripada gabungan oleh banyak pihak termasuk NGO, cendekiawan, agamawan, professional, ahli politik dan persatuan-persatuan untuk melakukan satu perbincangan rakyatmelihat kepada situasi dan relaiti semasa.
Pengerusi Kongres Rakyat, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata sebanyak 15 badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik akan menyertai persidangan tersebut yang bakal diadakan pada 12 September ini.


“Setakat ini 150 NGO daripada pelbagai kaum dan latar belakang sahkan penyertaan,” katanya pada sidang media, semalam.
Menurut beliau, matlamat program adalah untuk memberi ruang kepada rakyat biasa mengemukakan usul dan berbahas mengenai masalah rakyat seperti kos sara hidup, politik, sosial dan lain-lain.
Kongres yang bakal diadakan di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam itu akan berjalan seperti persidangan Dewan Rakyat yang mana akan dikendalikan oleh seorang speaker, iaitu Mustaffa Kamil Ayub, yang juga Timbalan Pengerusi I Kongres Rakyat.
Menurutnya, pihaknya menyasarkan penyertaan 200 NGO dengan kehadiran 2,500 perwakilan serta pemerhati.
“Sambutan setakat ini begitu baik, kita percaya sasaran untuk penyertaan 200 NGO akan tercapai,” katanya.
Katanya, kongres itu adalah untuk semua golongan rakyat tidak kira ahli politik, ahli profesional, cendekiawan, nelayan, petani atau buruh binaan.
https://youtu.be/oSK7OICiNGo





























