Kompleks SRIDAF Beroperasi Sepenuhnya Tahun Depan

210

BESUT – Kompleks Sekolah Rendah Islam Darul Furqan (SRIDAF) dijangka beroperasi sepenuhnya apabila masjid baharu siap pada tahun hadapan.

Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah SRIDAF, Cikgu Shalahhudin Jaafar mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong dan memberikan sumbangan.

“kita telah mengadakan Jamuan Sambil Menderma pada hari Sabtu 25 Jun 2022. Sebanyak 15 kawah gulai disediakan bagi tujuan tersebut.

“Alhamdulillah, sumbangan derma daripada orang ramai sehingga kelmarin diperolehi sebanyak RM180,000.” jelasnya ketika dihubungi hari ini.


Menurut beliau, tujuan kutipan derma kali ini adalah untuk menyiapkan bangunan masjid tambahan yang mula dibina pada tahun lepas.

“Masjid yang sedia ada tidak dapat menampung bilangan pelajar yang mencecah 540 orang pada tahun ini.

“Manakala guru-guru dan kakitangan lain berjumlah 45 orang. Semuga sumbangan ini dapat melancarkan peroses pembinaan masjid.” ujarnya.

Justeru, pihak pembangunan sekolah masih memerlukan sumbangan yang banyak bagi mencukupkan kos keseluruhan berjumlah RM450, 000.00.

“Kepada mereka yang ingin terus menyumbang bolehlah menyalurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) No. 13035010075724 (SRIDAF),” katanya.