Kita Pilih Kita Boleh Sakit

2671

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Rakyat diingatkan untuk Pilihanraya Umum akan datang tidak lagi memilih kerajaan yang ada sekarang kerana kata Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, “kita pilih, kita sakit”.

Ahli Parlimen Dungun itu berkata, pelbagai jenis cukai yang dikenakan menjadikan harga barang semakin mahal dan kehidupan rakyat menjadi bertambah terhimpit.

“Saya nak tanya barang sekarang jadi murah atau mahal? Mahal” kata beliau di Majlis Sumbangan Sempena Ramadhan DUN Rantau Abang di sebelah Kedai Makan Acid Corner, di Pak Sabah, Pada Sabtu, 10 Jun.

Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun itu juga sebelumnya menyebut, kerajaan terdiri daripada dua samada kerajaan hidayah atau kerajaan jibayah.

“Kerajaan hidayah, ia akan fikir, bukan sahaja tentang jasad rakyat, tetapi bagaimana hendak memenuhi kerohanian rakyat dan dia akan rujuk kepada Allah subhanallahuwata’ala,” terang beliau lagi.

Justeru itu, kata beliau, pembangunan untuk rakyat hanya akan berlaku berdasarkan apa yang diizinkan oleh Allah dan agama.

“Dan kerajaan jibayyah Kerajaan jibayah ini, yang kenakan cukai, cukai, cukai… dan kehidupan kita menjadi semakin sempit ,”ujarnya.

Majlis yang sama turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Neger i(ADUN) Rantau Abang, YB Cikgu Alias Harun.

Beliau berkata, keyakinan penyumbang-penyumbang terhadap program yang dianjurkan oleh PAS adalah merupakan factor kejayaan program itu.

“orang lain buat kita dok tahu,peruntukan RM100, 000 tetapi sampai ke kita dok tau berape?” katanya yang merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Dungun.

Beliau turut mempersoalkan kemana perginya peruntukan bernilai jutaan ringgit kepada beliau sebagai ADUN dan Ahli Parlimen, Ustaz Wan Hassan.

Di dalam majlis tersebut seramai 440 orang fakir miskin telah menerima sumbangan berupa barang dapur dan wang ringgit.

Manakala, 160 orang anak yatim telah menerima baucer untuk digunakan untuk membeli pakaian raya.