Kisah Jururawat

579

Oleh : Arifuddin Alias

KUALA NERUS – Kisah seorang jururawat dalam Dewan Undangan Negeri ( DUN) Rantau Abang boleh dijadikan suntikan motivasi kepada petugas parti.

Ahli Jawatankuasa Majlis Tindakan DUN Seberang Takir, Ustaz Sharudin Tahar berkata, PAS sukar untuk menang di DUNO berkenaan kecuali pada tahun 1999 melalui calonya, Ustaz Azman Shapawi.

“Salah seorang muslimat itu merupakan seorang jururawat di Hospital Dungun dan beliau pergi bersama kumpulan ke kampung Tok Kah.

“Sementara menunggu tuan rumah menjawab salam ketika sampai ke sebuah rumah, tiba-tiba ada suara lelaki keluar sambil membawa parang di tanganya.

“Apa lagi, muslimat terus lari tak sempat nak pakai selipar lah, tinggal terus tak sempat nak cula, ” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucal pada Institut Latihan PAS (ILPAS) di Majis Seberang Takir, baru-baru ini.

Ditakdirkan pada suatu hari, kata beliau, Pak Cik tersebut terkena parang miliknya di kaki dan ditahan wad dimana muslimat tersebut bertugas.

“Bila dalam wad, beliau melihat seorang lelaki dan teringat akan pak cik yang mengacu parang kepadanya ketika hendak mencula tempoh hari.

“Sedar akan perkara itu, beliau meminta dengan rakan sekerja supaya beliau dapat menjaga pak cik tersebut dengan harapan dapat membawa damai kepadanya tanpa rasa dendam,” ujarnya.

Ceritanya lagi, setiap kali tiba giliran beliau menjaga pak cik itu, beliau menjaga seperti menjaga ayahnya sendiri dan antara yang dibuat ialah mencuci lukanya.

“Sampai hari terakhir di wad, tiba-tiba keluar dari mulut pak cik tersebut memuji kebaikan dan layanan yang dilakukan terhadapnya dan memberitahu tidak pernah berjumpa manusia sebaik beliau sambil menitiskan air mata.

” Lalu beliau bertanya adakah pak cik kenal beliau. Jawabnya tak kenal tapi sangat berterima kasih. Jawab beliau, saya lah muslimat yang pakcik halau dengan parang ketika dirumah pak cik tempoh hari.

“Senyap tanpa berkata-kata, hanya tahu menangis sahaja,” katanya.

Selepas itu datang pilihanraya 1999, Allah memberikan kemenangan di DUN Rantau Abang