Sebagai antara kawasan yang berisiko dan sering terdedah dengan ancaman bencana banjir, PAS Besut tidak ketinggalan melancarkan Khidmat Malaysia peringkat Kawasan Besut.
Dengan ditunjangi penggerak utama yang terdiri dari Jabatan Amal Besut, Kelab Kembara Lasak 4×4 Evergreen, Radio Amatur Besut serta Muslimat PAS Besut membolehkan Khidmat Malaysia Kawasan Besut bergerak seiring dengan kawasan-kawasan lain dalam menghadapi apa jua bentuk bencana khususnya banjir.
Pada pagi Jumaat 1 Januari 2016, dengan rasminya Pelancaran Khidmat Malaysia Besut disempurnakan oleh Pengarah Khidmat Malaysia Terengganu, Dr Azman Ibrahim di perkarangan Masjid Padang Landak, Jerteh.


Dr Azman ketika berucap menekankan akan kepentingan peranan PAS sebagai government in waiting (Kerajaan menunggu).
Katanya, dalam konteks kita masyarakat luar Bandar seperti di Besut, kerja-kerja khidmat kebajikan mampu memecahkan tembok sempadan antara masyarakat yang tidak mampu dipecahkan dengan lain-lain pendekatan.
“Apatah lagi apabila masyarakat ketika itu berada dalam keadaan yang sangat memerlukan. Biarlah kita selalu tampil sebagai orang yang pertama menghulurkan tangan bersedia untuk membantu walau dengan keupayaan yang serba terbatas.
“Sekali kita membantu diwaktu sukar, mereka akan ingat kita diwaktu senang,”ujarnya
Beliau berkata, “bila kita laungkan kepada dunia bahawa PAS bersedia untuk mengantikan Umno, rakyat yang dah muak dengan karenah pemimpin Umno sedang memerhatikan sejauh mana persedian kita”.


“Saya melihat ‘pasaran kebajikan’ adalah medan terbaik kerana sifat ramai manusia yang selalu menghargai budi.” Kata beliau yang juga Ketua Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu,
Justeru itu, anggota Badan Perhubungan PAS Terengganu itu merumuskan, tampilnya aktivis PAS untuk berbakti dengan menjadikan Khidmat Malaysia sebagai wadah ke dalam masyarakat adalah untuk membawa imej PAS sebagai kerajaan menunggu atau government in waiting!
Untuk rekod, Besut adalah kawasan keempat dilancarkan Khidmat Malaysia seletelah sebelum ini program pelanaran





























