Khidmat Kepada Semua

1364

KUALA TERENGGANU – PAS terus menunaikan tanggungjawajabnya memberikan perkhidmatan kepada para pengundi yang telah memilihnya pada pilihan raya umum lalu, walaupun Ahli Parlimennnya telah bertindak keluar dari parti itu.

IMG_20160429_040649Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, PAS akan terus berusaha meringankan beban rakyat dalam menghadapi kos kehidupan yang semakin meningkat ekoran perlaksanaan GST oleh kerajaan Umno-BN, dan kenaikan harga barang.

“kita terus memasyarakatkan PAS kepada semua terus mempraktikkan slogan ‘PAS For All’………….jadi ‘Program Agihan Makanan ini akan diadakan pada setiap hari Khamis minggu ke empat setiap bulan,

IMG_20160429_040734“sementara Khidmat Kesihatan Percuma pada setiap hari Khamis minggu kedua setiap bulan dan Khidmat Guaman Percuma pada setiap hari Khamis minggu ketiga setiap bulan,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu selepas mengagihkan bungkusan nasi secara percuma kepada warga Kuala Terengganu, di pejabat Penyelaras Parlimen PAS Kuala Terengganu, di Jalan Banggol, di sini pada Khamis 28 April.

IMG_20160429_040828Turut sama melayani kehadiran orang ramai untuk mendapat bekalan makanan tersebut ialah Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu Haji Ahmad Amzad Hashim dan Pengerusi Dewan Himpunan PAS Penyokong PAS Kuala Terengganu, Jefri Chua, serta Pengerusi MTD Bandar, Ustaz Ahmad Shah.

Beliau menambah, semua perkhidmatan yang diberikan adalah secara percuma kepada semua, tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik