Khalifah Mentadbir Urusan Dunia Dengan Baik

450

KUALA TERENGGANU – Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu, Dato Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, manusia diperintahkan menjadi khalifah mentadbir urusan dunia dengan baik untuk alam dan insan.

“memberikan kebaikan kepada semua dan melindungi dari dari kerosakan akibat kealpaan, kejahilan dan jalan songsang hasil tipu daya syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkan umat manusia.” katanya

Katanya, Allah menegur dengan pelbagai cara apabila manusia mula lupa dan lalai, kufur serta tidak bersyukur atas nikmat kurnia Ilahi

Beliau berkata, melalui para Nabi dan Rasul, teguran terus melalui peristiwa yang ditimpakan ke atas setiap individu, setiap orang dari kita.

“peringatan secara kolektif ke atas satu kaum atau bangsa. Mungkin ke atas satu kampung atau negara.” ujarnya.

Beliau yang juga mantan Timbalan Menteri MOSTI berkata demikian dalam ciapannya dalam media sosialnya pagi ini.

Catatan itu merupakan tulisan hari pertama beliau setelah meletakkan jawatan bersama anggota kebinet, selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, melakukan perkara yang sama

Justeru beliau menyeru semua pihak agar “suluhlah hati dan diri sendiri sebelum kita menuding jari ke lain”.

“Semoga Allah SWT sentiasa bersihkan hati dan diberi kekuatan untuk menjadi hamba Allah yang beriman dan beramal soleh.” tambah beliau.