Khairunnisa’ Sedia Khidmat Guaman Bantu Wanita dan Ibu Tunggal

1452

Oleh : Nooreni Abu Bakar

MARANG – Persatuan isteri-isteri wakil rakyat dan bekas wakil rakyat PAS Terengganu (KHAIRUNNISA’) sentiasa mendekati masyarakat tanpa mengira fahaman politik dan kedudukan sosio-ekonomi untuk.

Pengerusinya Puan Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, pihaknya menyediakan pelbagai khidmat termasuk khidmat guaman bagi membantu wanita dan ibu tunggal yang menghadapi sebarang masalah.

IMG_20151004_152335“Kehadiran kami hari ini adalah untuk memperkenalkan KHAIRUNNISA’, kepada masyarakat, kami bersedia membantu ibu-ibu tunggal dan wanita menyelesaikan permasalahan mereka,

“di dalam berbagai bidang seperti khidmat guaman, kesihatan, kebajikan dan berhubunglah dengan KHAIRUNNISA’ jika ada masalah,”ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program ‘Sayang di Sayang’ di Pengkalan Berangan, yang dianjurkan bersama Hal Ehwal Wanita (HALWA) DUN terbabit.

Menurutnya, selain menganjurkan sukaneka, sambutan hari keluarga yang diadakan di Jambu Bongkok itu dimeriahkan juga dengan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan kraf hasil laut, masakan berasaskan ikan patin dan rawatan alternative perubatan Darul Sifa’

Tuan Roslina yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan Dewan Musliat PAS Terengganu berkata, perjuangan PAS adalah membawa masyarakat memahanmi dan menghayati kehidupan Islam secara menyeluruh.

IMG-20151004-WA0037“bukannya ambil Islam separuh- separuh, Islam hanya di masjid tetapi dirumah tidak…………Islam hanya sembahyang tetapi pergaulan bebas………..itu menepati dengan ajaran Islam,

“untuk itu kita turun menemui masyarakat di dalam program seperti ini dan disini, kita harap dapat memberikan gambaran masyarakat Islam yang tidak ada halangan untuk program kemasyarakatan,”jelasnya.

Katanya, dengan penganjuran pelbagai aktiviti itu dapat mencungkil bakat anak-anak dan menjalinkan hubungan kekeluargaan yang akrab, bagi mengelakkan pelbagai gejala sosial yang sedang melanda sekarang.

Hadir sama dan memeriahkan program tersebut adalah isteri Ahli Parlimen Dungun, Puan Siti Zaleha Mohamad dan Ketua HALWA DUN Pengkalan Berangan, Noridah Abd. Majid.

Anggota Ameerah DUN Pengkalan Berangan juga turut aktif dan menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin, ibu-ibu tunggal serta mereka yang kurang berkemampuan.

IMG_20151004_152403Acara kemuncak sambutan adalah perisytiharan ‘Tokoh Jasamu Dikenang’ yang dianugerahkan kepada Mek Chik binti Abdullah daripada Cawangan Jambu Bongkok.

Beliau yang kini berusia 76 tahun telah melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan seawal cawangan PAS Jambu Bongkok ditubuhkn hingga sekarang.

Mek Chik ketika ditemui nengharapkan agar anak-anak beliau meneruskan perjuangan beliau, berdakwah dan menyebarkan Islam dalam segenap lapagan.