Suasana dan kehidupan di Kota Kaherah adalah seperti biasa, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku, tambah pula persekolahan sesi baru bermula semalam, menyebabkan kesesakan lalu lintas dijalan-jalan utama adalah sebagaiman biasa.


Beliau berkata pada setiap hari, kedengaran enjin helikopter pengangkut tentera yang lalu lalang di ruang ‘udara’ Kaherah.


“Jemaah Subuh di setiap masjid walaupunjarak antara satu sama lain ada dekat, namun, tidak kurang daripada 50 orang jamaah yang solat subuh dimasjid.
“Mereka tidak mempedulikan peritah berkurung yang berakhir pada jam 6 pagi, seawal 4.30 pagi mereka keluar untuk berjamaah di masjid-masjid,


Beliau berada di bumi Anbiya itu sejak Sabtu 21 September , mengiringi rombongan lapan orang lepasan pelajar Ma’ahad Darul Quran yang ke Mesir bagi membuat persiapan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang agama di Universiti al-Azhar
Menurutnya ujian kemasukan ke Universiti tertua di dunia itu akan berlangsung pada 30 September ini dan sekiranya para pelajar terbabit lulus, meraka akan diterima masuk tahun satu Universiti Al Azhar mengikut fakulti yang dipohon masing-masing.


“Untuk maklumat tambahan, 8 orang pelajar baru ini merupakan rombongan kedua, sebelum ini rombongan pertama seramai 27 orang telah ke Mesir sebelum berlaku 

“Alhamdulillah………..Terengganu merupakan negeri teramai mahasiswa baru ke Mesir dengan Selangor dan Pulau Pinang serta negeri-negeri lain tiada langsung kecuali Kelantan setakat ini hanya 3 orang,”tambahnya
Menurutnya, jumlah pelajar Malaysia seluruh Mesir adalah sekitar 400 orang dan majoriti adalah pelajar Terengganu, buat masa ini kompleks penginapan pelajar di Hayyu Asyir lengang kecuali Asrama Terengganu.
Keterangan gambar ;
i. paling atas {paparan hadapan} Dataran Rabi’ah al-Adawiyah, kawasa di mana para penyokong Presiden Morsi berkhemah sejak 3 Julai sehingga di serang oleh tetera pada 14 ogos lalu.


iii. kiri paling atas – menara berhampiran Universiti al-Azhar yag ditempatkan penembak tepat semasa ketegangan tidak berapa lama dulu.
iV. Kanan no.2; rakyat tempatan Mesir masih berada di luar rumah, walau pun peritah berkurung bermula jam 11 malam
v. Kiri No.2 ; Kedai-kedai menjual buah terus beroperasi tanpa sebarang masalah
vi. Kanan No.3; Wilayah Tanta di seberang Sungai Nil
vIi. Ustaz Faisal mengimamkan solat bersama pelajar sebaik tiba di lapangan terbang Kaherah




























