Terengganu, Malaysia

Kewujudan KTNZ Tidak Tingkatkan Ekonomi Rakyat

KTNZ

KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Pasu Ustaz Ridzuan Hashim mempersoalkan fungsi Kompleks Sultanah Nur Zahirah (KTNZ) di Tanjung Bunut, Kuala Nerus, yang tidak melibatkan penduduk tempatan dalam operasinya.

Katanya, orag kampung dan rakyat sekitar hanya melihat kompleks tersergam indah ditepi sungai itu seolah-olah sebuah ‘gajah putih’

RIDZUAN“saya dimaklumkan kompleks tersebut akan melibatkan orang ramai dan meningkatkan ekonomi penduduk setempat melalui aktiviti seni tenuh serta pelancongan,

“tetapi sehingga kini, orang ramai hanya ‘lenggok’ melihat bangunan yang cantik itu,”ujarnya ketika ditemui selepas mesyuarat Ahli-ahli Dewan Undangan PAS di sini pada Selasa 14 April.

Sehubungan itu, beliau akan membawa perkara tersebut ke dalam persidangan Dewan Undangan Negeri yang akan berlangsung pada bulan hadapan.

Beliau berkata, ketika Sultanah berangkat melawat Kompleks bernilai RM4.6 juta itu pada tahun 2012, media melaporkan ia mampu meningkatkan ekonomi negeri dengan kedatangan peminat songket dan batik dari dalam dan luar negara

Namun kata beliau, apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“saya tidak tahu apa aktiviti sebenarnya disitu selain menenun songket sebab pemerhatian saya terhadap aktiviti disitu, tidak ada pelancong yang datang,

“saya harap kerajaan negeri dapat memberikan perhatian terhadap perkara ini,”tambah beliau.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan