Ketua Muslimat PAS Terengganu Meninggal Dunia

9150

KUALA TERENGGANU – Ketua Muslimat PAS Terengganu, Cikgu Safinah Jusoh, 65, telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi jam 10.15 pagi ini hari Jumaat, 2 September 2016.

Almarhumah yang juga bekas Senator ketika kerajaan memerintah dari tahun 1999 – 2004 meninggal dunia kerana mengidap kanser payu dara.

10897884_396710180494284_2554203800943134131_n
Al-marhumah paling kanan, ketika menyampaikan sumbangan untuk mangsa banjir,mewakili Yayasan Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Negeri Terengganu (YAKEP)

Beliau dilahirkan di Kampung Darat Batu Rakit dan sebelum dilantik menjadi Senator merupakan Bendahari Muassasah Islamiah Berakan yang seorang pengasas Institut Berakan Kuala Terengganu.

Beliau pernah menjadi Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Setiu dan menumpukan kerja-kerja muslimat di DUN Batu Rakit, sebagai Naib Ketua Muslimat DUN Batu Rakit.

Beliau menetap di 2535 Kampung Paya Datu, Manir Kuala Terengganu dan berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara bagi Negeri Terengganu dari 23 Disember 1999 hingga 22 Disember 2002.

Pelantikan beliau dicadangkan oleh al-Marhum Dato’ Ustaz Harun Tabib selaku Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Dakwah dan Pelaksanaan Syariah, pada persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman.

Solat jenazah akan diadakan di masjid Jamek Tok Jiring, selepas solat Asar, hari ini.
Semoga rohnya diletakkan oleh Allah dikalangan para mujahidah dan solehah.