Kesihatan Tuan Guru Presiden PAS Bertambah Baik

1509

Setelah beberapa hari Dato Seri Tuan Guru berada di IJN untuk menerima rawatan dari pasukan perubatannya, fizikal Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberikan respon yang sangat positif.

Setiausaha Politiknya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia adalah usaha penjagaan pengambilan makanan yang sesuai dan doa semua pihak.

http://buletinonline.net/images/stories/berita38/dr%20samsuri.jpg“Alhamdulillah, setelah beberapa hari Dato Seri Tuan Guru berada di IJN untuk menerima rawatan dari pasukan perubatannya, di samping dengan penjagaan pengambilan makanan yang sesuai dan doa semua pihak,

“telah membolehkan fizikal Tuan Guru memberikan respon yang sangat positif sehingga beliau berada dalam keadaan yang sangat baik dan ceria,”ujarnya dalam satu kenyataan lewat petang ini, Rabu 5 Oktober.

Malah kata beliau, Tuan Guru telah mampu untuk menyiapkan satu artikel ringkas mengenai suasana politik semasa yang berlaku dalam negara kita.

“Artikel berkenaan akan di keluarkan dalam sehari dua ini,”jelasnya.

Sehubungan itu, katanya, pihak Pejabat Presiden PAS dan ahli keluarga Tuan Guru mengucapkan berbanyak terimakasih kepada semua pihak yang bersabar dengan memahami situasi yang ada.

“terima kasih untuk (kerana) menangguhkan kunjungan dan pertemuan dengan Tuan Guru (nanti boleh bertemu) ke satu masa dan tempat yang lebih sesuai nanti setelah Tuan Guru keluar dari hospital, In sha Allah,”tambah beliau.