Oleh : Khairul Nizam Abdullah
KUALA NERUS – Majikan kedua-dua warga Rohingya yang terbabit pergaduhan sehingga berakhir dengan ‘tikaman’ berkata, kes tersebut adalah disebabkan ‘dendam kesumat’ di dalan hati.


Zubir Aziz, 59, berkata, kedua-dua terbabit dalam perbalahan itu adalah pekerjanya.
“dua-dua adalah pekerja saya…….. mangsa yang dikenali sebagai Yusof merupakan penyelia di tempat kerja … suspek yang juga merupakan kawan Yusof selalu bertengkar dan menyimpan dendam terhadap Yusof,”
“Akibat rasa iri hati dengan gaji Yusof yang lebih tinggi berbanding darinya, beliau tergamak menikam kawan sendiri …..Suspek dan mangsa selalu bertengkar dan bergaduh di tempat kerja tapi berjaya dileraikan oleh saya,
“Sungguh saya tak sangka suspek tergamak menikam kawannya sendiri,“ujar Zubir yang masih sugul dengan kejadian tersebut.
Dalam kejadian tersebut, saksi berkata ia berlaku di sebuah rumah di Bukit Tok Beng dekat sini, kira-kira jam 10.30 pagi hari ini, Selasa 27 Disember.
Ketika ia berlaku, mangsa sedang berehat di rumah yang disewa di hadapan Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng .
“Saya sedang makan tiba-tiba saya terdengar bunyi orang sedang bergaduh … ketika pergaduhan itu kian memuncak, tiba-tiba suspek yang juga merupakan kawan kepada mangsa mengeluarkan sebilah pisau lalu menikam mangsa, ”kata Mohd bin Ghazali, 12, jiran mangsa.


Walaubagaimana pun, Mohd berkata, suspek melarikah diri selepas kejadian.
”suspek yang panik setelah melihat rakannya terbaring kesakitan akibat tikaman tersebut……… terus melarikan diri sambil membawa pisau yang masih berlumuran darah dengan sebuah motosikal dipercayai kepunyaan suspek,” tambah Mohd (Gambar kiri).
Dalam keadaan kesakitan itu, mangsa sempat menghubungi kawannya melalui telefon, Mohd Safirullah Abdul Rashid, 33, untuk meminta bantuan.
Safirullah (Gambar kanan) yang ditemui berkata, beliau tiba sejurus selepas kejadian terus meminta bantuan orang kampung untuk membawa Yusof ke hospital.


“pergaduhan sehingga membawa kepada kecederaan yang serius melibatkan bangsa Rohingya seperti yang berlaku pada hari ini di Kampung Bukit Tok Beng, perlu dijadikan pengajaran dan sempadan oleh masyarakat setempat,
“Sebarang usaha mencari rezeki bagi memenuhi keperluan hidup sekiranya tidak dilapik dengan iman dan akhlak akan menatijahkan pertelingkahan yang boleh membabitkan nyawa,”katanya.
Namun begitu, beliau berkata, insiden yang berlaku adalah kes kecil yang tidak wajar dijadikan teladan bagi menimbulkan kebimbangan masyarakat setempat terhadap kehadiran Rohingya,
“Kita tetap mempunyai tanggungjawab membantu saudara seagama dikalangan Rohingya yang sedang berhadapan dengan kesusahan dan kesukaran sehingga dinafikan hak kewarganegaraan oleh Myammar,”tambah beliau
https://youtu.be/VROYPjYb81w





























