Kes Tetera AS Bunuh Diri Meningkat 80% Ketika Perang Iraq

766

PARIS – Menurut doktor angkatan tentera Amerika, bilangan kes bunuh diri di kalangan tentera Amerika Syarikat meningkat 80 peratus selepas negara itu melancarkan perang ke atas Iraq dan menaklukinya sejak tahun 2004

Meurut doktor terbabit, berbanding antara tahun 1997 hingga 2003, kes bunuh diri di kalangan tentera berkurangan malah lebih rendah jika dibandingkan dengan kes awam.

Pada 2008, seramai 140 anggota tentera terlibat dalam kejadian bunuh diri iaitu 80 peratus lebih tinggi berbanding 2004.

‘Peningkatan ini angka luar biasa dalam tempoh 30 tahun. Ia juga menunjukkan 30 peratus daripada kes bunuh diri pada 2008 boleh dikaitkan dengan pasca 2003 berikutan pengerahan tentera ke Iraq, iaitu lanjutan kepada operasi di Afghanistan,’ lapor kajian itu.

Mereka yang mati melibatkan lelaki masih muda daripada kumpulan tentera berpangkat rendah yang mempunyai sejarah kemurungan dan gangguan mental.

‘Pada 2008, lebih satu perlima jumlah semua tentera mendapatkan rawatan gangguan mental. Ini membayangkan satu tahap masalah kesihatan yang membimbangkan,’ kata kajian itu. — AFP.