Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Seorang pemimpin mestilah sentiasa memikirkan permasalahan rakyat dan melaksanakan dasar-dasar untuk memudahkan urusan rakyat.
Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, oleh itu, kerja memilih pemimpin bukanlah kerja main-main.
“Rakyat nak bayar ‘premium’ tanah, tak cukup duit……..maka untuk mudahkan rakyat, bayar sikit-sikit,” ujar beliau.
Beliau ketika demikian ketika berucap pada Program Munajat Perdana Siri Kelapan di Surau Kampung Baru Kuala Abang di sini, selasa, 22.Ogos lalu.
Sehubungan itu, beliau menyeru agar jentera Muslimat mestilah bekerja keras, memandangkan DUN Rantau Abang dimenangi PAS hanya dengan majoriti 141 undi sahaja.

Beliau menempelak dan melahirkan rasa dukacita, kerana orang yang mengaku Islam, tetapi tidak memilih pemimpin yang mahu melaksanakan Islam.
Bahkan sebaliknya, menurut beliau mereka melantik golongan yang tidak mahu melaksanakan Islam sejak negara merdeka, 60 tahun lalu.
“Yang lebih dahsyat, orang Islam, dia berjuang supaya orang bukan Islam jadi pemerintah, yang pasti tak akan jalankan Islam.
“(yang) tidak menjadi agenda menegakkan syariah dalam perjuangan…Kita? Kita kena kira Allah.” katanya lagi
Sebelum itu, Ketua Muslimat DUN, Hajah Rugayah Mahmood berharap Ameerah dapat meningkatkan usaha menarik golongan muda memahami dan menyokong Islam.

Beliau berkata, lebih separuh jumlah pengundi dalam DUN terbabit dalam pilihan raya umum ke-14 adalah pengundi baharu mendaftar sebagai pemilih.
“Bayangkan saluran 3, saluran 4, saluran 5 dimonopoli oleh remaja, dan alhamdulillah kita telah ada pelapis (Ameerah),
“kita nak remaja-remaja ini terus bekerja, kita (muslimat) membantu, “ terang beliau sambil memuji muslimat muda PAS (Ameerah) yang telah berjaya mengendalikan program munajat perdana Muslimat.
Beliau turut memberi ingatan kepada muslimat yang hadir. agar memastikan anak-anak yang sudah berumur 21 tahun, segera mendaftar sebagai pengundi.










