Kereta kebal kawal istana presiden Yaman lepas jeneral sertai revolusi

544

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2011/03/generalalahmar.jpgKereta kebal dihantar mengawal di luar istana presiden Yaman semalam selepas seorang jeneral kanan mengumumkan sekongannya bagi gerakan pemberontakan yang mahu menyingkirkan Presiden Ali Abdallah Saleh.

Ia turut diletak di luar bank pusat dan bangunan kementerian pertahanan, menurut seorang wartawan AFP yang melihatnya.

Pengerahan kereta kebal itu timbul apabila Jeneral Ali Mohsen al-Ahmar (gambar – tengah berkaca mata) , seorang komander divisyen infantri berperisai, mengumumkan beliau telah menyertai ‘revolusi’ itu bersama-sama beberapa pegawai kanannya.

‘Krisis ini semakin rumit dan membawa negara ini ke arah keganasan dan perang dingin,’ kata beliau dalam satu kenyataan yang disiarkan televisyen Al-Jazeera.

‘Ikut apa yang saya dan rakanrakan komander dan askar rasakan… saya umumkan sokongan damai kami kepada revolusi muda ini. Kami akan menjalankan tugas kami mengekalkan keselamatan dan kestabilan,’ tambahnya.

Encik Al-Ahmar pegawai tentera paling kanan yang mengikrar sokongan kepada revolusi itu, yang telah beberapa minggu cuba menamatkan pemerintahan 32 tahun Encik Saleh.

Ia timbul sehari selepas Encik Saleh memansuhkan kabinet bagi menenangkan pembangkang yang menuntut pembaharuan.

Rejim itu telah pun dilemahkan oleh peletakan jawatan para menteri, duta dan sekumpulan anggota parlimen parti memerintah, tetapi Encik Saleh masih enggan berundur hingga penggalnya berakhir pada 2013.

Ia diselar masyarakat antarabangsa Jumaat lalu ekoran lebih 50 orang maut apabila penyokong rejim menembak penunjuk perasaan di Dataran Universiti Sanaa.

Langkah berpaling tadah pegawai tentera utama dijangka menyulitkan lagi sokongan Washington’s kepada Encik Saleh, yang dilihat sebagai rakan Amerika Syarikat dalam perang ke atas Al-Qaeda. — AFP.