Kerakyatan Bukan Hak, tapi anugerah kata Hisham

1423

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/10/hishamparlimen.jpgWalaupun kementerian meletakkan angka tunjuk prestasi (KPI) mempercepatkan permohonan kes tertunggak bagi perkara tersebut, ia tidak semestinya semua permohonan akan diluluskan.

“Kementerian  akan hanya mempertimbangkan permohonan yang memenuhi syarat-syarat yang dikehendakki yang dimaktubkan dalam perlembagaan, dan permohonan mestilah diproses dengan ketat untuk memastikan hanya yang layak sahaja mendapat kerakyatan,”katanya di parlimen.

Menjawab soalan MP Kanowit Aaron Ago Anak Dagang , Hishammuddin berkata kementerian telah menerima 3,640 permohonan dari mereka yang dilahirkan di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2006, tetapi hanya 1,066 sahanja diluluskan dan 2,574 ditolak.

Mengulas lanjut, 1,806 permohonan diluluskan dan 2,223 di tolak dari permohonan warga asing, tambahnya.