Terengganu, Malaysia

Kerajaan Umno Terengganu Masih Menzalimi Imam, Bilal

Mohd Nor Hamzah

KUALA TERENGGANU – Tidak ada apa-apa perubahan kepada kerajaan negeri Terengganu yang dikuasai oleh Umno, walaupun konsep Transformasi Terengganu Baharu (TTB) diperkenalkan oleh Menteri Besarnya yang baharu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Transformasi dalam kerajaan dan politik yang dijanjikan Razif hanya sebuah laungan ‘gimik’ dan slogan yang ‘kosong’ apabila sehingga kini, masih terdapat sebahagian imam dan bilal yang disekat elaun bulanan mereka oleh kerajaan negeri walaupun mereka berkhidmat sepenuh masa di masjid-masjid kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong Ustaz Mohd Nor Hamzah mempersoalkan, adakah kerajaan mahu mengubah dasarnya yang menyekat elaun imam dan bilal terbabit.

Ia adalah kerana, kata beliau, isu tersebut sudah lama berlarutan dan sehingga kini imam dan bilal yang diambil tindakan itu, masih belum menerima bayaran elaun mereka.

IMG-20141208-WA0018“Saya melihat masih ramai lagi imam, bilal yang seolah-olah ditangguhkan atau dihentikan elaun-elaun mereka, sedangkan ramai dikalangan mereka terus bertugas, masih lagi bertugas.

“Apakah kerajaan tidak mahu untuk buat satu dasar baru ataupun memulakan satu langkah baru tahun ini, ataupun Januari ini untuk mengembalikan semula elaun-elaun imam-imam dan bilal-bilal yang ditangguhkan?”

“Yang sewajarnya tidak dikenakan tindakan sehingga satu kariah ataupun satu masjid, seluruh imam dia, seluruh bilal dia, dihentikan elaun dia tanpa apa-apa sebab yang munasabah,”ujar beliau.

Ustaz Mohd Nor berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab Sidang DUN Terengganu di Wisma Darul Iman, dekat sini pada Isnin 8 Disember.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Terengganu bangun mencelah soalana asal yang dikemukakan oleh ADUN Jabi, Iskandar Jaafar

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri Ghazali Taib tidak menafikan kerajaan masih mengambil tindakan menyekat elaun dan bilal.

Bahkan beliau hanya menjawab ‘kerajaan sedang meneliti isu tersebut’ dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) akan bertindak menyelesaikannya

Sekaligus dengan jawapan wakil kerajaan itu, Ghazali yang juga ADUN Ajil mengesahkan ‘tindakan zalim’ kerajaan Umno Terengganu yang tidak membayar khidmat imam dan bilal walaupun mereka masih berkhidmat.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan