Kerajaan Umno Masih Amal ‘Undang-undang Rimba’!

2705

KUALA NERUS – Walaupun Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Razak berkunjung ke negeri Terengganu, khususnya ke parlimen Kuala Nerus, namun ia adalah lawatan kerja parti Umno sahaja, kerana rakyat umumnya tidak mendapat apa-apa manfaat dari kunjungan itu.

hj salleh embong 21 meiBahkan, walaupun Menteri Besar telah bertukar daripada ADUN Kijal, Kemaman, Dato’ Seri Ahmad Said kepada ADUN Seberang Takir, Kuala Nerus, Dato’ Ahmad Razif, rakyat tidak akan dapat pembelaan dan keadilan kerana Umno masih memerintah,

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Banggol Donas Haji Salleh Embong berkata, pentadbiran kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) masih mengamalkan ‘undang-undang rimba’.

“Kampung Banggol Donas ni dalam parlimen Kuala Nerus, satu parlimen dengan Menteri Besar Dato’ Ahmad Razif, dan dia Ketua Bahagian Kuala Nerus, Perdana Menteri pun semalam datang ke kawasan Kuala Nerus,

“tak ada bezanya………rakyat tetap tidak terbela……tidak ada keadilan, selagi Umno dan Barisan Nasional (BN) berkuasa,”ujarnya.

Haji Salleh berkata, beliau menerima surat ‘amaran’ dari Pesuruhjaya Tanah negeri Terengganu meminta beliau keluar dari tanah miliknya, dan akan diambil tindakan sekiranya beliau tidak berpindah.

Sedang katanya, kes tanah Kampung Banggol Donas masih belum selesai dan pihaknya dibenarkan membuat rayuan sehingga 16 Julai ini.

tanah banggol donas“Pagi tadi Pesuruhjaya Tanah (negeri Terengganu) hantar surat (arahan) supaya kami keluar dari rumah (dan tanah kami) sebelum 5 Ogos,

“Walaupun mahkamah tinggi (Kuala Terengganu) tolak saman pemula (kami) atas dasar teknikal, kami akan rayu ke mahkamah rayuan sebelum 16 Julai,”jelasnya.
Serentak dengan itu, kata beliau, sebelum keputusan saman pemula diputuskan pada 15 Jun lalu, pihaknya telah memfailkan ‘writ saman’ kepada pihak mahkamah pada 14 Mei, bagi memohon mahkamah membuat deklarasi status milikan tanah tersebut.
“Pesuruhjaya Tanah negeri Terengganu guna ‘undang-undang rimba’ sedangkan perbicaraan writ saman akan bermula 26 Ogos depan,

“pentadbiran kerajaan Umno Terengganu (Pesuruhjaya Tanah) mendahului keputusan mahkamah halau kami yang duduk atas tanah milik kami sendiri,”tegasnya.