KEMAMAN – Negeri Terengganu mungkin tidak lagi mendapat bayaran royalti mintak dan gas dari Petronas sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) terus memerintah.
Timbakan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu Dr Alias Razak berkata, ia adalah kerana kegagalan kerajaan dibawah pimpinan Menteri Besar Haji Ahmad Razif Abdul Rahman tidak membantah, ketika Akta 750, Akta Laut Wilayah dipinda di parlimen.
“jangan harap…….jangan harap doh kerajaan negeri Terengganu akan menikmati royalti Petroleum……kalua Umno (terus) memerintah,
“sebab semasa kerajaan meminda (di parlimen) Akta 750, Akta Laut Wilayah yang menetapkan bahawa perairaian negeri hanya sekitar 3 batu nautika sahaja,
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tungga itu berkata demikian ketika berucap pada Malis Pelancaran Karnival sempena HARAP 3.4 di Kemasik dekat sini semalam.
Akibat dari itu, kata beliau, Umno telah menggadaikan tanah air bumi Terengganu ini kepada kerajaan persekutuan.
“ata ini merampas kedaulatan negeri Terengganu……..merampas segala hasil mahsul……….telaga-telaga minyak yang ada di negeri ini…….semua jadi hak (kerajaan) pusat belaka dah.
“(Umno) nak pertahan apa lagi……..bumi (tempat tumpah darah) sendiri diserahkan kepada orang,”jelasnya.
Justeru itu, menurutnya, Umno tidak boleh lagi diharap untuk memeritah negeri ini selepas pilihan raya akan datang.
Pemimpin Umno, kata beliau, hanya tahu berbalah dan berebut jawatan dan mengumpulkan kekayaan untuk diri masing-masing sahaja.
https://youtu.be/XJst00XSHLA