Majlis Presiden kerajaan sementara Mesir mengisytiharkan ‘pemerintahan darurat’ bagi seluruh Mesir dan menguatkuasakan pemerintahan tentera selama sebulan berkuatkuasa pada jam 4 petang (waktu tempatan) hari Rabu 14 Ogos, yang didakwa untuk membantu Kementerian Dalam Negeri menguatkuasakan keselamatan.
Perintah berkurung mula dikuatkuasakan pada jam 5 petang hingga jam 4 pagi waktu tempatan Mesir.
Pengumuman dibuat melalui stesyen TV negeri berikutan keadaan tidak terkawal akibat tindakan pihak keselamatan Mesir menggunakan keganasan menyuraikan kem-kem himpunan penyokong Presiden Morsi yang di gulingkan oleh kuasa tentera pada 3 Julai lalu.
Masyarakat antarabangsa dan pertubuhan hak asasi manusia telah menyatakan kebimbangan dengan pengisytiharan tersebut.
Penganalisis kanan Al-Jazeera, Marwan Bishara ketika memberi komen berkata, tidak akan ada lagi kebebasan apabila pemerintahan darurat dikuatkuasakan dan kuasa beralih dariapda rakyat kepada pihak tentera.
Wakil Kesatuan Eropah menyatakan, keganasan tidak akan membawa Mesir ke mana-mana dan menyerus supaya rndingan kembali diadakan.
Tragedi yang mengorbankan ramai nyawa pada hari ini boleh dielakkan sekiranya pihak tentera tidak menyerbu kem-kem himpunan tersebut dan meneruskan rundingan serta memberikan ruang bantahan berterusan.
Al-Jazeera melaprokan pihak stesyen TV negara Mesir telah memaparkan tayangan dimana beberapa orang bersenjata telah menembak pihak keselamtan Mesir di sebuah lokasi di Kaherah.
Namun, persoalan timbul, bagaimana gambar yang menunjukkan kematian penyokong Morsi yang ‘mati hangus terbakar’ di kem Nahda setelah pihak keselamatan Mesir melakukan serangan [Gambar atas].
Pihak kerajaan mendakwa hanya 94 orang telah terbunuh, namun pihak Ikhwan Musimim mendakwa beribu orang telah ‘syahid’ termasuk anak perempuan seorang pemimpin Ikhwan Mohamad El-Batagi yang berumur 17 tahun telah ditembak sewaktu tentera menyuraikan kem tersebut.
Agensi Sky News telah mengesahkan seorang jurugambarnya ditembak ketika membuat liputan dan wartawan Newsweek Mike Giglio menyatakan beliau telah ditahan dan diserang walaupun selepas memperkenalkan identitinya sebagai wartawan.
Pengenalan serta peralatan Mike Giglio telah dirampas oleh pihak polis Mesir.
Keganasan telah merebak bukan sahaja ke seluruh Kaherah, namun ke semua bandar-bandar utama di seluruh Mesir termasuk Iskandariah, Port Said dan lain-lain.









