Kerajaan PAS Tingkat Infrastruktur Pengeluaran Makanan

226

KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS Terengganu meningkatkan infrastruktur pengeluaran dan keselamatan makanan dengan mengujudkan sebuah lagi ladang ternakan ayam pedaging.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim, premis yang baru siap dibina itu terletak di Marang Terengganu.

“InsyaAllah akan dapat membantu mencukupkan keperluan bekalan ayam kita.

“Pengusaha seorang anak jati Terengganu dah berpengalaman menguruskan ladang ternakan di Telaga Papan Setiu sebelum ini. Saya sangat yakin anak Melayu kita boleh berjaya.” ujar beliau ketika dihubungi

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industrian Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri berkata, sebanyak 138 ladang sempamanya telah dibangunkan sehingga tahun 2022.

“Bilangan ladang ternakan ayam pada tahun telah meningkat daripada 116 buah pada 2019 kepada
141 pada tahun 2020, kemudian disebabkan pandemik turun kepada 129 pada tahun 2021

“jumlah pengeluaran pula adalah 2,840,026 ekor (2019), 3,890,980 ekor (2020) dan 3,351,600 ekor (2021).” jelas beliau.