Kerajaan PAS Terengganu Anjur Himpunan Pertahan Syariah

207

KUALA TERENGGANU – Terengganu PAS Negeri Terengganu akan menganjurkan Himpunan Pertahan Syariah 16 November 2023 bagi merealisasikan hasrat Bersama rakyat, mempertahankan syariah Islam di bumi Darul Iman.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata,Himpunan tersebut bertujuan memberi pencerahan golongan yang tidak faham dan menentang akan perlaksanaan syariah di Negeri ini.

“Kita akan menganjurkan Himpunan Pertahan Syariah pada 16 November ini di Kuala Nerus,

“Himpunan tersebut adalah untuk memperkemaskan misi daulatkan syariat islam di negeri Terengganu,” jelas Exco kerajaan negeri itu.

Mengulas lanjut beliau berkata, Isu Nik Elin di Kelantan telah menjadi titik mula kepada isu terbabti dan menimbulkan kegusaran dalam kalangan umat Islam di negara ini.

“Ia menjadi satu cabaran untuk memberi penerangan kepada orang ramai yang tidak faham akan politik islam dan hanya mementingkan diri sendiri.”

“Himpunan ini juga mempertahankan kedaulatan syariat islam yang semakin hari semakin tindas,” tambah beliau.