Terengganu, Malaysia

Kerajaan ‘Kudeta’ Mesir mahu bubarkan ikhwan Muslimin

muslim-brotherhood-hassan-al-banna

Jurucakap kerajaan ‘kudeta Mesir berkata Perdana Menterinya, Hazem el-Beblawi [Gambar kanan] telah mencadangkan tindakan undang-undang untuk membubarkan Ikhwan Muslimin dan berkata sedang mengkaji cadangan itu.

Cadangan ini dibuat selepas tindakan keras keselamatan pada Jumaat 16 Ogos terhadap peserta perarakan anti-kudeta dan bantahan keganasan pihak keselamatan Mesir menyuraikan dua kem penyokong Morsi di Rabaa al-Adawiyah dan an-Nahdah di Kaeharah pada 14 Ogos lalu

BeblawiPerarakan di seluruh Mesir itu, menurut Kementerian Kesihatan, telah menyebabkan 173 orang terbunuh dalam keganasan di siang hari, terutamanya di Ramses, Kaherah.

Presiden Mohamed Morsi yang digulingkan oleh tentera Mesir pada 3 Julai lalu adalah anggota gerakan Ikhwan Muslimin, menjadi Presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi.

Jurucakap kerajaan ‘kudeta’ Sherif Shawky berkata, Beblawi membuat cadangan itu kepada kementerian hal ehwal sosial, kementerian yang bertanggungjawab bagi pelesenan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

Ikhwan Muslimin pernah dibubarkan oleh pemerintah tentera Mesir pada tahun 1954, tetapi mendaftarkan dirinya sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan pada bulan Mac lalu, tindak balas terhadap kes mahkamah yang dibawa oleh pihak lawan gerakan itu yang mencabar kesahihannya.

Ikhwan, yang diasaskan oleh Hassan al-Banna pada tahun 1928, juga mempunyai cabang politik yang sah berdaftar, Parti Kebebasan dan Keadilan, yang telah ditubuhkan pada tahun 2011 selepas revolusi yang membawa kepada kejatuhan pemerintah diktator Mesir Hosni Mubarak.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan