Ayat yang pertama untuk kita sama sama bermuhasabah, yang disebut tentang firman Allah dalam surah Nahl, ayat 90 bermaksud Allah Taala menyuruh kamu berlaku adil dan melakukan ihsan memberi kepada kaum kerabat dan juga mencegah daripada melakukan fasad dan kemungkaran dan memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil peringatan.
Alhamdulillah, dengan ayat ini paling kurang memandu kita melakukan keadilan dan ihsan. Dalam masa yang sama cuba untuk megelakperkara-perkara mungkar. Fasad perkara keji kerana ia akan membocorkan apa-apa pelaburan yang kita lakukan di dunia bukan hanya kebendaan tetapi juga melibatkan spiritual dan sebagainya.
Kita boleh mengambil peringatan, beberapa siri kejatuhan empayar kerajaan umat Islam di seluruh dunia, kita masih ingat bagaimana kejatuhan kerajaan hamrat yang pernah memimpin negara Sepanyol dan Portugal (selama) 700 tahun bagaimana di sebelah Asia Tenggara ini, kejatuhan kerajaan Islam di China khususnya di zaman Dinasti Ming dan Yuan, abad ke 13 hingga abad ke 16 umat islam memerintah China hingga 30 tahun.
Dalam pada yang sama, sebelah kiri kerajaan Monggol jatuh pada abad ke 15 selepas pada itu kejatuhan Melaka 1511 juga abad ke 15 dan akibatnya jatuh kerajaan kerajaan kecil seperti kerajaan Ayuthia, kerajaan Arakan dan juga kerajaan Patani, hari ini kita melihat bagaimana umat islam Rohingnya tanpa ada kerajaan membelanya walaupun dulunya dia pernah memerintah 300 tahun di bumi Arakan sebagai sebuah kerajaan Islam sudah hilang dan ulamak telah mengesan kenapa yang menyebabkan kerajaan islam dibiar begitu sahaja.
Apa yang berlaku selepas kejatuhan kerajaan Muluk, apabila pihak kerajaan antaranya adalah mengabaikan kepentingan rakyat mengenakan cukai yang tinggi, membebankan rakyat akhirnya rakyat sudah tidak mempeduli dan mempertahankan kerajaan yang ada. Juga golongan akademik yang dipinggirkan apabila pihak kerajaan mementingkan nyanyian nyayian, artis artis sibuk dengan perkara yang berpoya-poya yang menyebabkan dahulunya kerajaan Baghdad yang adanya baitulhikmah sehingga satu juta kitab ketika itu, yang memberi keutamaan kepada ahli ahli akademik, pakar pakar dan sebagainya yang telah menaik dan memartabatkan empayar islam dengan penemuan sains dan teknolongi akhirnya tumbang dengan ada teknologi.
Antaranya ialah juga kerana mengabaikan dasar dasar dan prinsip islam itu sendiri. Sekali lagi kita peringatkan apa yang dikata oleh Syaidina Omar al-Khattab, kami diberi kemuliaan oleh Allah kerana Islam, dulu masyarakat jahiliah minum arak pakai tempayan, bunuh anak hidup hidup, tetapi Allah Ta’ala angkat mereka kerana Islam dan barangsiapa yang mencari selain Islam, dia akan dihina oleh Allah apatah lagi Allah berfirman “barangsiapa yang berpaling dari peringatanku, Islam, al-Quran dia akan hidup hina di atas muka bumi”
Oleh itu, kayu ukur bukan hanya kebendaan. Bahkan kita tengok hari hari kematian mereka kembali kea lam barzah mereka tidak membawa harta benda. Apa yang penting, ialah amanah dan tugas yang kita beban pikul ini akan kita selesai tanggungjawab ini sebelum kita kembali kepada Allah. Saya rasa akan datang perkembangan bukan hanya hasrat, keinginan pelaksanaan islam itu lebih tinggi. Kalau dahulu saya tengok peringkat awal saya sekolah dulu, ustazah pun mengajar agama, pergi mengajar masih lagi pakai jilbab (tudung) ikan karing. Tapi hari ini, alhamdulillah.
Kalau dulu orang yang berpurdah dianggap sebagai ‘hantu kum kum’……Hajjah Che Daud pembaca berita balik dari mekah diberhentikan baca berita kerana pakai tudung. Sekarang, alhamdulillah artis bertudung bahkan ‘maknyah’ bertudung. Ini merupakan perubahan, ia pergi kepada pendididkan. Saya ingat zaman saya dulu, ustaz saya sendiri masa saya di dungun sekolah arab kalau ikut jalan Islam, ‘takdok’ batu nak buat jalan raya. Busuk habis Dungun kerana orang kerat tangan. Hari ini orang tidak berkata menghina syariat islam itu sendiri. Berkaitan dengan RUU355 mendapat sokongan dan hasrat semua rakyat dan masyarakat ingin melihat betapa ianya dapat dilaksanakan memberi ruang kepada mahkamah syariah untuk melaksanakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT. Kerajaan BN di peringkat persekutuan untuk melaksanakannya.
Apa yang disebut dalam buku bajet ini, yang disebut oleh MB, tentang ‘Maqasidussyariah’ saya memang bersetuju apa yang disebut ini, tetapi persoalan realiti hakikat sebenarnya, yang meletakkan lima aspek asas dalam Maqasidussyariah memelihara nyawa, agama, akal, keturunan dan harta. Ini dikatakan matlamat syariah, persoalan timbul hasrat kita untuk mencapai maqasidussyariah tanpa syariah, kita rasa cukup tak perlu lagi syariah untuk mencapai ini.
Kalau kita tengok peraturan Islam, nak selamatkan agama ada (hukum) rRddah, nak selamat nyawa ada (hukum) bab Qisas, nak selamatkan akal ada (hukum) bab minum arak, keturunan ada (hukum) bab zina. Harta ada bab (hukum) mencuri dan sebagainya. Itulah maqahidussyariah, tetapi kita menggunakan istilah syariah tetapi kita tidak mahu melaksanakan syariah.
Termasuk dalam bajet ini pun saya tengok masih tidaka da apa apa pendedahan kea rah melaksanakan syariah sejak tahun 2002. Dan kita tengok apa yang dibentangkan melibatkankan GDP yang disebut oleh dalam bajet ini, tahun lepas, 3.1% tahun 2017 3.8% kalau tengok data yang sedia ada kemungkinan ada maklumat lain lah, Terengganu merupakan 3.1% itu tercorot bawah Terengganu, iaitu Pahang dan Sarawak. Dan GDP bagi Malaysia 4.2% ada 8 negeri lebih pada itu termasuk negeri negeri pembangkang lain. Kelantan, pulau pinang dan Selangor. Sedangkn Kelantan kita tahu bajet yang dibentangkan 505 juta, 600 juta macam itu sahaja. Kita tiap tahun main billion sokmo. Tapi kita, KDNK kita masih lagi terkebawah. Kalau kita tengok dari segi pendapatan perkapita iaitu negeri Terengganu 2015 Rm26,329. 2016, RM27298. Di Malaysia, RM38887. Jadi, kalau kita tengok pengumuman dulu wawasan 2020, negara yang maju. Dan pihak bank dunia meletakkan standart piawai minima dia lebih kurang RM43674 setahun dalam 10,000 lagi untuk peringkat negara dan untuk Terengganu 20,000 nak sampai. Kemningkinan tak sampai kerana kita anjak TN50. 2050. 4.7% bawah pada kita Sabah yang lain itu atas kita semua.
Data ini dikeluarkan oleh ‘Department of Statistic’ 2016, tahun 2017 kita tak habis lagi. Kalau ada data baru, MB bagi penjelasan. Yang dulu 2016, lepas kita Sabah yang lain atas kita belaka. Kadar penggaguran Terengganu. Persoalan saya ada masalah sikit, yang dibentangkan oleh MB dengan pendapatan isi rumah purata yang disebut oleh bajet ini 2017, RM6411 dan 2016 RM5776 data ini ambil mana? Sebab maklumat yang kita ada pendapatan perkapita isi rumah 2016 peringkat paling tinggi sekali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur RM3000 je. Antaranya Terengganu 2015, RM1105. 2016, RM1472. No3 lepas Terengganu, perlis Kelantan. Ada macam kontra sikit data ini. Data mana yang betul, data dalam ini ke? Data yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistic.
Saya ingin menyentuh tentang pelancongan, banyak bajet RM80 juta, Cuma satu saya nak sebut antaranya pelancongan ini kena mesra dengan pelancong. Saya tak nampak kawasan lain, kawasan Dungun contohnya, ada projek cengal besar jadi kita pasang ‘gate’ situ, orang 4×4 nak masuk kita caj RM250 satu kenderaan, setiap orang dalam itu caj RM20. Kita sebenarnya nak menggalakkan orang hadir kalau caj RM10 itu boleh tahan, RM250, kalau gi 10 RM2500. Saya rasa tidak munasabah kos yang terlalu tinggi dikenakan. Yang menyebabkan orang mari di Terengganu, sekali mari ‘tobak’ lalu lah. Saya rasa jabatan perhutanan kena cek balik supaya buang ‘gate’ ke, apa ke. Kita bagi galakkan bukan buat jalan raya. I
su masjid dan solat jumaat, 13 saya tengok 7 yang dah lulus. Saya tengok sinar lain tengok kawasan dun saya. Saya tengok tujuh diberi kelulusan mana ye? Ada 13, ada lagi 6. Yang mana? Saya dimaklumkan kita lantik UniSZA buat kajian. Cadangan UniSZA apa untuk menyelesaikan masalah ini. Di Felda Kerteh 3 dan Kerteh 2 boleh nampak sebelah menyebelah, tapi mereka dapat kelulusan. Kita tengok masjid Sura lama lagi, bangunan lebih besar. Yang dibuat baru masjid Sura baru, kemudian nak haramkan masjid Sura lama, kawasan saya Tebing Tembboh masjid lama lebih besar masjid baru yang ada kecil sahaja, orang pun tak ramai mana, tapi kita nak haramkan kelulusan masjid lama, cakap jabatan agama gi umum, saya gi masa nak umum, tak umum juga.
Perkara seperti ini kita harap dapat penjelasan. Juga melibatkan isu tanah, saya nak tanya pihak kerajaan ini, sikap kerajaan dengan surat yang dikeluarkan oleh PTG masa itu MB dia Dato’ Seri Idris Jusoh, yang membatalkan semua perkhidmatan jurukur. Melibatkan RTB dan sebagainya adakah surat ini bila kelulusan nak bagi tanah balik kepada rakyat surat ini ditarik balik. Maknanya, semua yang melibatkan kejra-kerja jurukur ini boleh berjalan semula sebab ini banyak melibatkan puluhan ribu juga zaman PAS memerintah dulu tapi dibatalkan dan tidak diluluskan sampai hari ini dan saya nak sentuh tentang NGV dia suruh kita sebut supaya kerajaan Terengganu memperbanyakkan stesen-stesen minyak yang melibatkan NGV sebab dia lebih murah, lebih mesra alam dan banyakkan teksi teksi dan sebagainya lebih menjimatkan. Terengganu ada em sahaja berbanding negeri negeri lain dan stesen minyak kita ada 11 buah di Terengganu berbanding keseluruhan NGV ada 200 buah, kita terlalu sedikit kita mengharapkan kerajaan lebih proaktif banyak lagi NGV ini mengikut daerah dan pihak kerajaan boleh bagi subsidi untuk menukar balang (gas) dia bagi memberi kemudahan khususnya rakyat melibatkan kos yang lebih rendah. insyaAllah kita gilir tempat tahun depan.
***Ucapan perbahasan Bajet 2018, ADUN Paka YB Satiful Bahri Mamat



























