Kerajaan Gagal Menyediakan Peruntukan Infrastruktur

697

DUNGUN – Kerajan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu gagal menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk membina infrastruktur bag kemudahan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang YB Cikgu Alias Harun kesal tiada kewangan yang disedikan oleh kerajaan bagi membaikpulih jeti nelayan Kampung Batu Tiong.

“Tiada peruntukan daripada kerajaan walaupun DUN menang………jadi (bagaimana) untuk merealisasikan agenda perkhidmatan dan kebajikan negeri?

“sedangkan bajet diluluskan lebih RM2 bilion setahun, kemana perginya peruntukan itu,”soalnya, ketika mengulas usaha PAS bergotong royong menggantikan jeti lama nelayan tersebut yang telah uzur kerana dibina sejak 30 tahun lalu.

alias harun kebakaran tok kah3Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat tinjauan usaha pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran yang memusnahkan kawasan hutan di Kampung Tok Kah semalam, Isnin 10 Februari.

Pada Jumaat 7 Februari, setelah menerima aduan dari para nelayan, Pusat khidmat Ahli Parlimen Dungun dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang telah menganjurkan usaha membaikpulih jeti tersebut.
Dengan perbelanjaan sebanyak RM6,000 dan peralatan serta tenaga buruh yang disumbangkan secara sukarela, jeti itu kini selamat digunakan oleh para nelayan.
Sehubungan itu beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak Bomba dan Penyelamat yang bertungkus lumus, tidak kira siang dan malam, bagi memastikan api yang membakar kawasan tersebut tidak merebak.

“saya ucap terima kasih kepada para pegawai Bomba dan Penyelamat yang bersungguh-sungguh berusaha memadamkan api,

“saya dimaklumkan bukan sahaj pihak Bomba Dungun, tapi Bomba dari Marang, Kemaman, dan Kuala Terengganu berusaha memadam api suapaya tidak merebak,”ujarnya.

Menurutnya, kawasaan terlibat adalah kawasan kebun sawit dan sebahagian daripadanya semak samun di bawah talian kabel eletrik berkuasa tinggi.

Katanya, bukan sahaja mencegah api dari membakar kawasan berdekatan, bahkan usaha pihak Bomba dapat mengurangkan risiko pencemaran udara, khususnya bagi kawasan DUN Rantau Abang, ekoran kebakara tersebut yang memusnahkan hampr 16 hektar kawasan.