Kerajaan Digesa Hentikan Projek Yang Tidak Bermanfaat

1228

Oleh : Sabri Yusof

Projek yang tidak memberi manfaat kepada rakyat wajar di tangguh dahulu. Nilai RM650 juta bukan satu nilai yang kecil jika digunakan untuk sektor pendidikan rakyat, sektor perikanan, sektor pertanian atau perumahan kos rendah untuk rakyat.

Daripada digunakan kerajaan untuk memperindahkan tugu negara yang amat tidak wajar pada masa ekonomi negara yang tenat sebegini.

Secara matematiknya :

kemiskinan chukai (2)1. Sebanyak 9285 rumah mesra rakyat dapat dibina (RM70k sebuah) dan ;

2. Sejumlah 72,222,222 naskah kertas A4 dapat disalurkan kepada sekolah-sekolah untuk meringankan beban ibubapa kepada anak-anak yang sedang belajar disekolah.

3. Dapat meringankan beban 650,000 keluarga fakir miskin dan golongan asnaf jika sebuah keluarga diberi barang keperluan harian dengan nilai Rm1000 satu keluarga.

4. Membantu 65,000 usahawan dengan menyalurkan geran @ pinjaman perniagaan Rm10,000 seorang melalui bantuan barang/mesin perniagaan.

Kajian mendapati tiada peruntukan kewangan daripada kerajaan persekutuan untuk badan sokongan usahawan seperti MARA, YPU dan beberapa agensi lain tahun kebelakangan ini.
Atas faktor defisit dan kegeringan kewangan kerajaan pusat yang teruk !

5. Membantu lebih 50,000 nelayan seluruh negara dengan memberi subsidi minyak diesel serta alat GPS moden bagi menggalakkan produktiviti tangkapan ikan. Secara tidak langsung akan memberi impak yang positif kepada harga ikan dipasaran tempatan untuk kegunaan harian rakyat.

Sekarang kita dikejutkan dengan harga ikan tempatan yang amat mahal harganya walaupun perairan kita kaya dengan pelbagai jenis ikan. Faktornya adalah kelemahan teknologi GPS serta sistem kawalan perairan.

petani malayia6. Membantu lebih 65,000 petani untuk meningkatkan produktiviti sektor pertanian. Menggalakkan penanaman padi, pembajaan, memperkenal teknologi moden kepada petani, menggalakkan “research and development” sektor pertanian dan menjalankan konsep pertanian adalah ibadah.

Apabila negara mempunyai sektor pertanian yang mapan, ia membantu meningkatkan pendapatan negara melalui eksport, kawalan barangan pertanian diselaraskan dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Disamping memberi peluang pekerjaan kepada orang muda dan mahasiswa yang menganggur.

7. Membantu menaja 6,500 pelajar cemerlang ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran mereka.

Kesimpulannya, RM650 juta bukan satu angka yang kecil untuk digunakan kepada projek Kroni yang tidak mendatangkan faedah untuk rakyat.

***Sabri Yusof ialah Setiausaha Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI).