Kerajaan dan Perdana Menteri Diminta Jelaskan Pembelian ‘Penthouse’ RM110 juta

952

KUALA TERENGGANU – Seseorang Mufti mestilah membuat satu siasatan dan memanggil mereka yang terlibat, sebelum mengeluarkan satu-satu kenyataan berkaitan sesuatu hukum dalam Islam.

Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat menegaskan, istilah ‘bughah’ atau yang dimaksudkan sebagai pemberontak adalah terpakai dalam sebuah Negara Islam sahaja.

Sedangkan katanya, Malaysia bukan sebuah Negara Islam sebagaimana diakui oleh Perdana Menteri yang Pertama Tunku Abdul Rahman Putra.

Beliau berkata, beberapa penghakiman mahkamah juga telah mengesahkan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara sekular dan bukannya sebuah Negara Islam.

“Mufti sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan sepatutnya dipanggil (orang yang terlibat) dan disiasat, apatah lagi istilah ‘bughah’ ini merupakan istilah yang layak bagi mereka (diguna pakai) dalam sebuah negara yang mempunyai ciri-ciri sebuah negara Islam,

“dan Malaysia kita ini bukan sebuah Negara Islam (tetapi) sebuah Negara sekular, ini diakui oleh Perdana Menteri yang pertama dalam beberapa siri ucapan beliau dan beberapa keputusan mahkamah yang mengatakan Malaysia adalah sebuah Negara sekular,”ujarnya.

IMG-20140105-WA0044Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu di Kuala Ibai dekat sini pada Ahad, 5 Januari.

Oleh itu, Ustaz Satiful yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata tidak timbul soal ‘bughah’ terhadap para ‘demonstran’ TURUN, yang berhimpun pada malam ambang 2014, 31 Disember lalu.

Katanya, kenyataan Tan Sri Harussani Zakari tersebut adalah tidak wajar dan berharap beliau menggesa Mufti negeri Perak itu menarik balik tuduhan tersebut.

“kita ras perkara ini tidak wajar dan kita harap pihak Mufti sendiri dapa tarik balik tuduhan kepada para peserta demonstrasi baru-baru ini,

“apatah lagi (kenyatan itu menyebut) menghalalkan darah mereka,”jelasnya.

Mengulas tentang isu Kalimah ‘Allah’ Ustaz Satiful berkata, isu yang timbul tenggelam itu adalah semata-mata satu isu politik, yang cuba mengalihkan perhatian rakyat dari masalah kenaikan kos sara hidup ekoran kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Beliau berkata, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri membenarkan penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak mengguna pakai kalimah ‘Allah’ tersebut.

“bagi kami (PAS) menganggap isu (kalimah Allah yang) sekali tenggelam sekali timbul ini, isu politik sahaja sebenarnya, untuk melarikan (mengalihkan) fokus rakyat dari isu harga barang,
“sebab kita tahu (penggunaan) kalimah Allah ini diberi keiziznan oleh Perdana Menteri sendiri melibatkan (Kristian) di Sabah dan Sarawak,

“macamana (mereka) boleh guna kalimah Allah (sedangkan di Semenanjung tidak boleh),”ujarnya.

Tegasnya, beliau mahu kerajaan memberikan perhatian dan tindakan terhadap isu kenaikan kos sara hidup rakyat yang melambung naik.

Beliau turut meminta penjelasan pihak kerajaan dan Perdana Menteri berhubung dakwaan anak tiri Perdana Menteri membeli sebuah ‘Penthouse’ di New York berharga RM110 juta.

“kita pun nak dapat penjelasan dari pihak kerajaan dalam suasana rakyat menghadapi (kenaikan kos sara hidup) seperti ini, tiada jawapan lagi bagaimana isu yang melibatkan anak tiri Perdana Menteri yang membeli ‘Penthouse’ di New York dengan harga RM110 juta,

“yang terbaru didedahkan oleh Blogger Umno sendiri, isu yang melibat pembelian jet baru yang digunakan oleh Perdana Menteri (dan isterinya)……….sampai hari ini kita (rakyat) belum mendapat (penjelasan) maklumat bagaimana?,”soal Ustaz Satiful

http://www.youtube.com/watch?v=gL9FigHNA_g&feature=share&list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q