Kerajaan Belanja RM20K Bersih Rumah Rakyat

613

Oleh : Suhaimi Taib

KUALA TERENGGANU: Dengan perbelanjaan sebanyak RM20,000 Khidmat Malaysia (KM) Kuala Terengganu dijangka mengerahkan 300 petugas membersih rumah kediaman kira-kira 3,200 penduduk di Kijal dan Kemasik.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Bukan Kerajaan Negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, badan bukan kerajaan bertaraf nasional itu diminta memastikan, rumah penduduk terbabit dibersihkan dari kekotoran dan sampah sarap kesan banjir.

“dengan tenaga dan aset diharap serta 300 anggota,
pasca banjir selama sehari suntuk untuk membantu kerajaan membersih rumah kediaman kira-kira 3,200 penduduk di Kijal dan Kemasik, Isnin ini,” jelasnya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Terengganu berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar KM Kuala Terengganu di sini hari ini.

Katanya, banjir gelombang kedua itu melibatkan Kampung Kijal dan Kemasik di Kemaman manakala banjir gelombang pertama membabitkan Air Putih dan Kijal di daerah yang sama.

Katanya, mesyuarat membuat keputusan bahawa petugas bertolak dari lokasi kediaman masing-masing 4.30 pagi esok dan bersolat subuh di Masjid Telok Kalong sebelum memulakan kerja-kerja kebersihan.

Menurutnya setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) menyediakan 80 orang petugas dan segala peralatan disediakan oleh KM DUN masing-masing.

Kawasan Kuala Terengganu mempunyai empat DUN termasuk Wakaf Mempelam, Batu Burok, Ladang dan Bandar.

Sementara itu katanya, KM Kuala Terengganu turut menyediakan makanan tengahari percuma kepada penduduk dan petugas KM bagi melancarkan gerakan membersih rumah penduduk berkenaan.
Tamat.