Oleh : Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, Ahli Parlimen Kuala Nerus
Berikut adalah beberapa data penting daripada PRK N49 Sungai Kandis yang diadakan pada hari semalam :
Jumlah pengundi bertambah sebanyak 417 orang dari 50,800 orang pada PRU14 kepada 51,217 orang pada PRK ini.
Jumlah keluar mengundi pula merosot dari 85.6% kepada 49.4%.
Jumlah undi rosak kekal pada 0.7%.
Penguasaan undi PRK berbanding PRU14* bagi PH ialah 64.3% manakala BN ialah 83.2%.
Perbezaan undi antara PH dengan BN semakin mengecil iaitu dari 28.7% kepada 23.1%.
Rumusan :
1. Pertambahan jumlah pengundi *sepatutnya menunjukkan peningkatan kesedaran dalam kalangan masyarakat* terhadap amalan sistem demokrasi berparlimen.
2. Pun begitu, *kadar keluar mengundi pada PRK ini yang merosot sebanyak 36.2%* berbanding PRU14 lalu ini *menyebabkan PH hilang 8,571 undi (35.7%)* sebaliknya hanya BN hilang 1,933 undi (16.8%) menunjukkan bahawa *protes terhadap Kerajaan yang diterajui PH pada hari ini adalah lebih besar.*
3. Prestasi BN pula adalah lebih baik apabila berjaya mengekalkan 83.2% daripada jumlah undi yang diterima pada PRU14* lalu berbanding PH yang hanya mengekalkan 64.3%. Sudah tentu undi PAS antara yang menyumbang kepada peningkatan tersebut.
4. Perbezaan undi antara PH dengan BN yang semakin mengecil* iaitu dari 28.7% kepada 23.1% sehingga menjadikan *majoriti undi yang diraih PH merosot sebanyak 5.6%* pula menunjukkan bahawa *PH semakin hilang sokongan*.
Kesimpulan :
Keputusan PRK N49 Sungai Kandis ini adalah signal terang daripada pengundi bahawa *pembangkang perlu mengukuhkan kedudukan dan pengaruh dalam badan perundangan untuk menjalankan peranan semak dan imbang yang berkesan terhadap Kerajaan*. PRK Balakong dan Seri Setia boleh sekali lagi menjadi ujian kerjasama strategik antara parti-parti pembangkang meskipun berbeza dasar dan polisi.
Keputusan ini juga adalah petunjuk bahawa *kerjasama antara parti-parti pembangkang adalah boleh dan perlu digembleng serta merupakan pendekatan yang amat strategik untuk berhadapan dengan PH.
Sejahtera Bersama Islam
Tarikh : Sabtu, 5 Ogos 2018 | 23 Zulkaedah 1439H




























