KEPUTUSAN Mahkamah Agung Filipina yang menangguhkan pilihanraya Wilayah Autonomi Mindanao telah mengesahkan wilayah majoriti penduduk Islam itu, bukanlah sebuah wilayah autonomi sebaliknya masih sebahagian unit pentadbiran pemerintah Filipina.
Keputusan tersebut telah dijangka oleh para pemimpin Moro Islamic Liberation Front (MILF) yang mengandaikan kepada pihak kami, bahawa keamanan tidak terjamin selepas pengunduran pasukan pemantau antarabangsa pada 28 Februari depan.
[Gambar – Mujahidin MILF yang sentiasa bersiap siaga]
Hampir semua pemimpin yang ditemui, termasuk seorang pimpinan pusat MILF tidak lagi menaruh harapan kepada dua perjanjian autonomi yang ditandatangani sebelum ini, di Tripoli dan Kuala Lumpur.
Kejadian serangan di Basilan beberapa minggu lalu seolah-olahnya titik akhir ‘gencatan senjata’ antara MILF dengan pemerintah Filipina apabila pertemuan panel pada 3 November lalu yang diadakan di Kuala Lumpur, tidak membuah sebarang hasil.
Menurut seorang pemimpin kanan di kota Marawi, pemerintah Filipina tidak pernah menghormati hak-hak penduduk Islam Moro dan tidak pernah menunaikan segala persetujuan yang diperbincangkan sejak 14 tahun yang lalu.
Katanya, melalui perjanjian yang dibuat, antara yang dipersetujui adalah, apabila pihak tentera Filipina berhasrat untuk memasuki mana-mana kawasan yang dikuasai oleh pihak MILF atas apa jua, tujuan, mereka mesti memaklumkannya kepada satu jawatankuasa penyelerasan yang telah ditetapkan.
Ia, katanya, adalah mengelakkan sebarang konflik yang boleh membawa kepada pertumpahan darah.
“Para pejuang mujahidin MILF, sejak gencatan senjata dibuat, telah menukar seragam tentera dan bekerja sebagai petani dikampung-kampung,
“namun mereka tidak membuang senjata, mereka hanya menyimpannya, apabila pihak unit khas masuk ke Basilan tanpa sebarang pemakluman, dan menyerang pejuang MILF dan pertempuran telah meletus,”ujarnya.
Menurutnya, ia bukanlah kali pertama Unit Khas Tentera Filipina masuk menceroboh kawasan MILF, bahkan sudah berkali-kali sebelum ini, mereka melanggar perjanjian.
Namun begitu, katanya, pihak media yang dikuasai oleh pemerintah Filipina bukan sahaja tidak menyiarkan ‘kebenaran’ malah menuduh MILF yang memulakan kekacauan.
Justeru, beliau menyeru masyarakat Islam antarabangsa membuat persiapan bagi menyokong mujahidin MILF menghadapi situasi yang diluar jangkaan.
Menurut laman rasmi MILF, pada 7 November mahkamah Agung Filipina dalam keputusan 59 muka surat, telah memutuskan persoalan sekian lama yang menjadi persolan, samada Mindanao adalah wilayah Autonomi atau sebaliknya.
Keputusan mahkamah agung tersebut antaranya mencatatkan;
“Di bawah konsep Filipina autonomi tempatan, kerajaan negara tidak melepaskan semua kuasa-kuasanya ke atas kerajaan tempatan, termasuk wilayah autonomi. Hanya kuasa pentadbiran ke atas hal ehwal tempatan diwakilkan kepada subdivisi politik. Tujuan delegasi itu adalah untuk membuat tadbir urus yang lebih terus responsif dan berkesan di peringkat tempatan. Seterusnya, ekonomi, pembangunan politik dan sosial di unit-unit politik yang lebih kecil dijangka memacu pertumbuhan dan pembangunan sosial dan ekonomi. Tetapi bagi membolehkan negara untuk membangunkan secara keseluruhan, program dan dasar yang dilaksanakan di dalam negara mesti bersepadu dan diselaraskan ke arah matlamat nasional yang sama. Oleh itu, dasar penetapan bagi seluruh negara masih terletak pada Presiden dan Kongres. “
“autonomi yang diberikan kepada ARMM (Mindanao) tidak boleh digunakan untuk mengalahkan dasar-dasar negara dan kebimbangan. Sejak penyegerakan pilihan raya tidak adalah hanya satu kebimbangan serantau tetapi satu salah satu negara, ARMM itu adalah tertakluk kepadanya; yang autonomi serantau yang diberikan kepada ARMM yang tidak boleh akan digunakan untuk mengecualikan rantau ini daripada bertindak mengikut dasar satu negara dimandat oleh tidak kurang daripada Perlembagaan.




























