Kepimpinan Baharu Muslimat ‘Kabinet Perang’ PRU16

266

DUNGUN – Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia, medan signifikan memilih kepimpinan baharu menentukan hala tuju Dan perjuangan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.

Ketua Muslimat PAS Dungun, Khairiah Mokti berkata, saf kepimpinan yang bakal dipilih bertanggungjawab menyusun ‘kabinet perang’ memimpin jentera muslimat memenangi pertempuran pilihan raya.

“Tahun ini adalah tahun pemilihan semoga berjalan dengan baik, untuk perwakilan pilihlah calon-calon yang betul-betul kerana kabinet baru inilah yang akan menghadapi perang pilihan raya tidak lama lagi.” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi di sini hari ini mengulas Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia yang akan berlangsung pada 12 dan 13 September di Kompleks PAS Kedah.

Menurutnya, seramai empat orang perwakilan Muslimat PAS Dungun akan memberikan buah fikiran perhimpunan tahunan itu yang menjadi agenda wajib muslimat PAS seluruh negara.

“Kehadiran mereka bukan sekadar melibatkan diri dalam persidangan, tetapi juga sebagai ruang menyambung silaturahim sesama jemaah,” ujarnya.

Justeru itu, beliau berharap agar semua perwakilan dapat berhujah dengan baik dan berada dalam suasana harmoni dan penuh ukhuwah.

“Kita harap wakil kita aktif memberikan saranan Dan cadangan sepanjang Muktamar Dan melibatkan diri dalam semua perbahasan,” tambah beliau