Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Abdul Hadi Awang merasa sangat kesal di atas penyalahgunaan surat PAS dan pemalsuan kenyataan media itu yang telah disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


“Saya dengan ini mengesahkan bahawa kononnya satu kenyataan media yang dikeluarkan atas nama Presiden PAS,
“bertarikh 9 Februari 2015 (mengenai isu kenyataan rasmi parti dan solidariti terhadap kes Dato Seri Anwar) adalah palsu, tidak benar sama sekali,”menurutnya dalam kenyataan tersebut.
Kenyataan Dr. Samsuri dikeluarkan pada jam 7.10 malam, Isnin 9 Februari 2015, tidak berapa lama selepas ‘kenyataan media palsu’ Presiden PAS itu beredar melalui pesanan ringkas, menerusi aplikasi Whats App.
Kenyataan palsu itu mengandungi dakwaan kononnya, Presiden PAS berkata, seruan menyertai demo solidariti menyokong Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah semata-mata bersifat peribadi dan bukan suatu perkara ma’ruf.
Pada Sabtu lalu, Setiausaha Agung PAS Dato’ Mutafa Ali telah pun mengeluarkan kenaytaan berhubung sebarang demonstrasi yang akan diadakan berikutan hukuman yang akan dijatuhkan keatas Dato’ Seri Anwar pada Selasa 10 Februari.
Beliau mengesahkan bahawa PAS tidak akan menyertai mana-mana demonstrasi menyokong Anwar apabila Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusan rayuan kes liwatnya pada Selasa.
“PAS tidak akan turut serta walaupun kami menyokong Anwar. Kami akan serahkan (keputusan) kepada mahkamah,” kata Mustafa.





























