Kempen Tak Nak Judi – Mendesak Penghapusan Judi Total

1126

Ia adalah kerana, isu asal kebangkitan semangat penentangan terhadap judi bolasepak telah menjadi ‘anti-klimaks’ apa Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak memngumumkan penarikan semula lesen tersebut.

Namun GMJ telah melaraskan satu penentangan baru kini, kepada isu yang lebih besar iaitu mendesak supaya kerajaan menghapuskan semua jenis judi yang diberi lesen dan diperniagakan di negera ini.

‘Kempen Tak Nak Judi’ yang dilancarkan semalam, seakan permulaan baru yang lebih mencabar dan memerlukan masa yang cukup panjang bagi GMJ benar-benar mencapai kedua-dua matlamat sebagaimana yang di terangkan oleh Setiausahanya, Suhaizan Kayat, iaitu; mendesak kerajaan menghapuskan semua bentuk judi dan mendidik rakyat seluruh negara perihal judi tidak membawa faedah, yang menyebabkan rakyat hidup selesa dalam kebodohan.

Berikut adalah sedutan ucapan beberapa pemimpin GMJ dan NGO yang hadir pada Himpunan semalam yang diadakan di Masjid Negara bermula jam 5.00 petang

“perhimpunan kita pada petang ini untuk kita mulakan satu langkah besar, gelombang besar rakyat untuk menentang industri judi di negara kita. bersama kita pada hari ini pimpinan pimpinan ngo-ngo, pimpinan-pimpinan parti poliitik bersama-sama kita untuk menentang barah yang sedang menular masyarakat industri judi.

“ALLAH berfirman “dan orang-orang yang beriman itu laki-laki dan perempuan, sebahagian mereka merupakan pembantu kepada sebahagian yang lain. dan mereka menyuruh kepada perkara ma’ruf dan mereka mencegah kepada perkara mungkar. kita panaskan pentas pidato kita,”Ustaz Ridhwan Mohd Nor, Exco Pemuda Pusat

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/07/DSC_2430.JPG“kita daripada gerakan rakyat membantah judi atas dua tujuan tuan-tuan, yang pertama adalah kita mahu menyatakan kegembiraan kita kerana lesen judi sukan telah dimansuhkan oleh pihak kerajaan. saya mengucapkan tahniah kepada semua rakyat malaysia yang komited untuk mempastikan bahawa judi sukan ini lenyap dari negara kita. untuk mengadakan pelancaran kempen tak nak judi. kempen ini bertujuan untuk mendidik rakyat malaysia agar mereka membenci judi. kita telah 50 tahun dalam negara kita ini, kita perkuatkuasakan undang-undang negara kita.- Suhaizan Kayat – Setiausaha GMJ

“bahawa judi adalah merupakan salah satu daripada aktiviti yang telah merosakkan tamadun dan peradaban negara. yang telah merosakkan sosial dan juga akhlak rakyat dalam negara kita. saudara-saudari sekalian, judi tidak membawa apa-apa erti untuk pembangunan dan pertumbuhan sosial dalam negara kita. sebaliknya hanyalah menambah dan menumbuhkan jenayah di dalam negara kita yang mengganggu kesejahteraan dan keamanan dalam negara ini.

“saudara-saudara, oleh kerana itulah kita bersepakat untuk membantah dan mendesak supaya kerajaan menghapuskan segala bentuk judi yang wujud dalam negara kita. semua agama mengatakan judi adalah salah. ngo-ngo mereka bersama dengan gerakan rakyat membantah judi, GMJ ini saudara-saudara sekalian, judi adalah budaya orang malas, judi adalah budaya orang yang tidak mahu berdikari, oleh kerana itu kita mestilah bersatu menggerakkan kempen ini, memberi sokongan penuh kepada gerakan rakyat membantah judi. kerana itu, atas kepentingan agama, atas kepentingan rakyat, atas kepentingan politik, ayuh kita bangkit menggerakkan kempen ini dengan penuh gigih ke seluruh negara untuk mendesak kerajaan membatalkan semua lesen judi,”- Ustaz Nasruddin Hassan atTantawi, Ketua Pemuda PAS Pusat

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/07/gamis.JPG“kami gabungan mahasiswa islam mewakili suara mahasiswa bertegas di sini bahawa kami akan bersama dengan masyarakat dan rakyat untuk memberi kesedaran bahayanya judi dalam masyarakat. apa sekalipun alasan, judi adalah haram di kalangan masyarakat islam. tuan-tuan, tidak ada khilaf di kalangan ulama’ tentang haramnya judi, maka tuan-tuan, tidak ada alasan  yang patut kita bincangkan. yang keduanya tuan-tuan, tidak sekali-kali boleh kita kaitkan dengan mana-mana kaum, pada hari ini tuan-tuan, kite bersama dengan masyarakat kerana judi secara jelasnya menghancurkan masyarakat. berapa banyak kes-kes perceraian di kalangan masyarakat dari segi kekeluargaannya, bagaimana kita lihat kes bunuh diri di kalangan masyarakat pada hari ini. sebelum ini kita lihat kajian kes along, kebanyakan mereka yang meminjam dengan along ialah mereka yang terlibat dengan perjudian. tuan-tuan yang saya hormati sekalian, yang seterusnya kita nak nyatakan judi mengakibatkan produktiviti negara semakin merudum. tuan-tuan, kita nak cadangkan di peringkat mahasiswa paling mudah, paling awal yang mesti dibuat oleh kementerian kdn, yang pertama sekali ialah suapay melarang mana-mana akhbar terbitkan keputusan judi, – Presiden GaMIS

“:kita berkumpul pada petang ini untuk menyahut firman Allah, “wahai orang-orang beriman, sesungguhnya arak, judi, bertenun nasib, itu semua adalah keji dan daripada amalan syaitan, dan hendaklah kamu jauh daripadanya. itu merupakan seruan Allah yang menyuruh kita berkumpul untuk menyatakan bantahan kepada suatu amalan yang buruk yang akan merosakkan masyarakat dalam negara kita. kita menjadi saksi kepada majlis pelancaran yang penting, kali pertama dalam sejarah negara kita, kita melancarkan suatu bantahan kepada suatu amalan yang ditolak oleh ALLAH,” – Setiausaha JIM

“kita mengamalkan judi dan cuba menyubur industri judi merupakan suatu perkara yang perlu ditentang oleh rakyat sekerasnya. sesungguhnya ini merupakan kezaliman yang sangat besar. Rasulullah saw mengingatkan “apabila engkau melihat umatku takut untuk menyatakan kepada orang yang zalim wahai si zalim, maka diucapkan selamat tinggal kepada umat itu. dalam riwayat lain, maka perut bumi lebih baik darhttp://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/07/azlimusa.JPGipada permukaannya. maknanya mati lebih baik daripada hidup. sebab itu, kita mesti menentang kezaliman habi-habisan. dan di antara kezaliman yang paling besar ialah industri judi yang terus berkembang, jadi kita membantah dengan sekeras-kerasnya.,” – Ustaz Abdullah, mewakili rakyat Johor

mengatakan judi adalah najis. pepatah melayu mengatakan taik judi. orang yang kaki judi taik judi. orang yang lulus judi pun taik judi jugak. dalam dunia ni selagi orang sedekah ke surau, masjid rakyat, selagi itulah pahala mengalir dalam kubur. ingat, judi dulu tak ada dalam negara kita. siapa yang luluskan, dosanya akan mengalir sampai ke kubur. bukan soal siapa yang meluluskan, siapa yang meluluskan tu mencuri. siapa yang memilih wakil rakyat, dosa jugak dikirim sampai ke kubur,” – Ustaz Norazli Musa, bekas Ketua Pemuda PAS Perak

http://www.youtube.com/watch?v=Ahez2pgCRK0