Kempen Bulan Ramadhan; Dekati Pengundi Islam Dengan Program Keagamaan

1258

Oleh : zulshawal

KUALA KANGSAR – Calon PAS PRK P067 Kuala Kangsar, Dr Najihatussalehah menjelaskan PAS akan menggunakan stategi keagamaan bagi meraih undi daripada pengundi beragama Islam.

“Kita tahu kita dalam bulan Ramadhan, kita akan dekati pengundi-pengundi melalui program-program berbentuk agama. Maknanya kita akan hadir ke majlis tarawih,

IMG-20160607-WA0013“kita akan pergi ke solat jemaah untuk maghrib dan isyak. Dan kita akan anjur program tadarus untuk kaum wanita di kampung,’ hujah Dr. Najihatussalehah yang juga Ketua Muslimah Perak.

Beliau yang ditemui ketika menyantuni masyarakat di Bazar Ramadhan Arena Square, di sini pada petang Isnim, menegaskan akan hadir bersama-sama penduduk dalam menjayakan program tadarus dan solat berjemaah.

Beliau menyatakan disemua masjid yang dihadiri oleh orang ramai adalah sasaran utama bagi menjayakan program- program tersebut.

Ditanya tentang populariti beliau agak kurang dengan penduduk dalam Parlimen Kuala Kangsar kerana berasal daripada Parit dan masih baru, beliau menjelaskan ianya tidak benar.

“Walaupun begitu, saya telah menjadi Ketua Muslimat Perak sejak 2011. Maknanya saya masih biasa walaupun saya bukan orang Kuale, saya menjaga 24 parlimen. Tidak janggal bagi saya untuk menjadi calon Parlimen Kuala Kangsar,’tegasnya.

https://youtu.be/tc66AXW44vs