Terengganu, Malaysia

Kempen Boikot Adidas Belia Palestin Disokong Dunia Arab

Kempen tersebut menyeru agar sukan awam menaikkan kain-kain rentang bantahan terhadap syarikat itu ketika mana-mana perlawanan yang ditaja syarikat tersebut bagi menyedari ia tentang kesalahan.

Pernyataan pertama kempen terbabit adalah “sukan sentiasa berdiri untuk kebebasan, keadilan, kesaksamaan dan menentang rasisme.”

Sebagai contoh , pemulauan yang  pernah dilakukan oleh persatuan-persatuan sukan, seperti Liga Ragbi Inggeris, menentang rejim Pretoria apartheid di Afrika Selatan, yang telah meninggalkan kesan besar menentang rejim apartheid itu.

Kempen belia Palestin itu mengutuk beberapa syarikat antarabangsa, termasuk Adidas, pengeluar  pakaian sukan dan kasut, yang menaja ‘peristiwa malang’ larian antara Baitulmuqaddis Timur dan Barat Jerusalem dalam wilayah Palestin yang diduduki Israel.

Tindakan menganjurkan Maraton itu  adalah usaha Israel untuk membuktikan bahawa Baitulmuqaddis adalah ibu negeri mereka adalah melanggar  semangat kebebasan, kesaksamaan dan keadilan untuk pertandingan sukan diadakan.

Kempen tersebut mengucapkan terima kasih kepada Persekutuan Sukan Arab yang telah mengumumkan pemulauan terhadap semua syarikat yang menaja Maraton itu,  diketuai oleh “Adidas” kerana sumbangan mereka dalam menyebarkan kebencian dan diskriminasi kaum.

Sokongan Adidas  dan syarikat lain terhadap penjajahan Israel di Palestin bermakna memberi sokongan kepada tindakan  membunuh beribu-ribu rakyat Palestin, dan menghalang berjuta-juta lagi dari pulang ke rumah masing-masing dalam tragedi besar manusia selepas Perang Dunia II.

Sementara itu, Menteri-menteri Sukan dan Belia bagi negara-negara Arab turut mengumumkan pemulauan Arab terhadap Adidas daripada menyumbang dan menaja semua aktiviti sukan Arab.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan