Kemenangan Khairy Petanda Positif Kepada PAS, Pakatan Rakyat

900

Kemenangan monopoli 189-0 yang diperolehi Khairy seolah-olah memberikan gambaran bahawa pemuda UMNO kian ketandusan pelapis kepimpinan yang berbakat yang mampu berhadapan dengan risiko menyaingi Khairy sendiri.

Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat menyifatkan kemenangan Khairy bukalah satu perkembangan progresif kepada Ketua Pemuda Umno itu, tetapi ia adalah petanda positif kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

“Saya mengucapkan tahniah kepada YB Khairy Jamaluddin atas kemenangan beliau bagi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dalam pemilihan baru-baru ini. Khairy menyifatkan kemenangannya sebagai kemenangan kumpulan progresif dalam UMNO.

“Tentunya kemenangan Khairy tidak disenangi oleh kumpulan konsevatif dalam UMNO yang lebih selesa dengan keadaan yang sedia ada. Saya sedang menunggu komen Tun Dr Mahathir yang pernah menyerang peribadi Khairy suatu masa dahulu,”ujar Suhaizan

Kemenangan monopoli 189-0 yang diperolehi Khairy seolah-olah memberikan gambaran bahawa pemuda UMNO kian ketandusan pelapis kepimpinan yang berbakat yang mampu berhadapan dengan risiko menyaingi Khairy sendiri.

Kesannya nanti, pemuda UMNO bakal menyaksikan kekurangan suara kedua yang akan menjadi semak imbang dalam pemuda UMNO itu sendiri pada masa hadapan.

Bahkan, kata Suhaizan, kegagalan menyatakan hujah serta misi perjuangan dengan jelas oleh calon-calon yang bertanding dalam pemilihan baru-baru ini sudah cukup memberikan gambaran kepada kita bahawa bakat kepimpinan pemuda UMNO kian pupus. Keadaan ini lantas memberikan kelebihan kepada Khairy untuk menang borong kesemua undian 189 berbalas 0.